KUALA LUMPUR: 37 lagi lokaliti membabitkan beberapa kawasan di Pulau Pinang, Sabah dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan kadar jangkitan kes baharu COVID-19 yang membimbangkan.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan hari ini berkata pelaksanaan tersebut bermula dari 4 Jun hingga 17 Jun.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Sri Bayu, Bayu Tiara, Bayu Nyaman , Halaman Murni, Bayan Permai, Bayan Tiara, Taman Ara Indah, Kampung Bukit, Kampung Perlis, Kampung Masjid, Jalan Mahkamah, Jalan Kampung Pak Lah dan Lebuh Kampung Bukit di Pekan Bayan Lepas, Mukim 12, Barat Daya, Pulau Pinang berkuasa 4 Jun sehingga 17 Jun 2021," jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Manakala tiga kawasan membabitkan negeri Sabah iaitu beberapa lokaliti di Taman Utama, Sandakan, Kampung Sepagaya Hulu, Silam, Lahad Datu dan dua lokaliti dalam daerah Kota Kinabalu iaitu Rumah Murah Kepayan dan Kampung Tanjung Aru Baru.

Perluasan kawasan PKPD juga terpaksa dilakukan di mukim Pekan, Kunak membabitkan melibatkan 15 lokaliti baru iaitu  Bajau Laut – Palauh, Kampung Cina, Kampung Selamat, Kampung Kunak Jaya, Kampung Singgah Mata, Kampung Kunak Kecil, Kampung Bagiang, Kampung Jaya Baru, Kampung Datuk Haji Zainal Gunong, Kampung JKR Lama, Kampung Haji Mohd Noor, Kampung Pangkalan Lama, Kampung Pangkalan Laut, Kampung Sungai Atas dan Pekan Kunak.

Pelanjutan PKPD juga terpaksa dilaksanakan di Sekolah Menengah Ugama Pantai Manis, Papar, Sabah sehingga 17 Jun.

Sementara itu PKPD turut dilaksanakan di 4 taman perumahan, mukim Bentong, Pahang membabitkan Taman Bentong Makmur, Taman Harmoni, Taman Kolej dan Taman Desa Damai.

Selain itu kerajaan turut menamatkan tempoh PKPD di dua lokaliti membabitkan Johor dan Pahang.

PKPD di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Skudai, Johor  akan tamat esok iaitu 3 Jun 2021 mengikut jadual.

Manakala satu lagi kawasan yang ditamatkan ialah membabitkan Gugusan Mendi, Bera, Pahang pada hari ini iaitu sehari lebih awal daripada yang dijadualkan.