awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

38 individu termasuk pelajar IPTS ditahan sertai parti liar

Bernama
Bernama
20/07/2025
16:12 MYT
38 individu termasuk pelajar IPTS ditahan sertai parti liar
Polis menahan 38 individu termasuk pelajar institut pengajian tinggi swasta serta warga asing dalam "private party" di kediaman mewah di Subang Jaya, semalam. - Foto hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis menahan 38 individu termasuk pelajar institut pengajian tinggi swasta serta warga asing dalam "private party" di kediaman mewah di Subang Jaya, semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata dalam operasi pada 12.30 tengah malam oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya itu, polis turut merampas 6.5 gram dadah disyaki ganja dan 1.7 gram ketamin.
"Kesemua ditahan berumur antara 18 hingga 27 tahun termasuk 13 warga asing dengan empat daripadanya berusia antara 21 hingga 25 tahun disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata hasil saringan air kencing mendapati 12 daripada mereka positif terhadap dadah.
"Mereka terdiri daripada sembilan warga tempatan dan tiga warga asing yang kini ditahan untuk siasatan lanjut, manakala yang lain dibebaskan," katanya.
Wan Azlan meminta orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah, khususnya membabitkan penyalahgunaan dadah dan penganjuran parti persendirian haram bagi membantu membanteras gejala itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#parti liar
#pelajar IPTS
#private party
#Subang Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan