awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 ditahan kes polis maut kejar penjenayah

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
02/11/2020
08:49 MYT
4 ditahan kes polis maut kejar penjenayah
Seorang anggota polis maut dan seorang lagi parah selepas kereta peronda dinaiki mereka bergesel dan terbalik.
JOHOR BAHRU:Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita berikutan kejadian seorang anggota polis maut ketika mengejar penjenayah di Kampung Kangkar Tebrau, semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata semua mereka ditahan di Kampung Melayu Selong Senai dan Kampung Melayu Pandan antara jam 2 petang hingga 9 malam tadi.
Katanya, semua suspek berusia antara 24 hingga 29 tahun.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati tiga lelaki berada dalam kereta terbabit yang dikejar anggota polis menaiki kereta peronda, semalam.
"Kita jumpa dua botol alat untuk menagih dadah ketika serbuan dan semua mereka didapati positif Methamphetamine.
BACA: Perodua MyVi yang lari ketika ditahan anggota MPV sudah dijumpai polis
"Keempat-empat mereka dipercayai rakan yang menagih dadah bersama-sama. Kereta yang dikejar polis semalam disewa oleh wanita berkenaan.
"Dia meminjamkan kereta itu kepada lelaki yang dikejar polis semalam.
"Dua daripada suspek yang ditahan didapati memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan penyalahgunaan dadah dan semua mereka direman hingga Jumaat ini," katanya di sini, hari ini.
Semalam, seorang anggota polis maut dan seorang lagi parah selepas kereta peronda dinaiki mereka bergesel dan terbalik sebelum dilanggar kenderaan lain ketika mengejar kereta suspek.
Topic Berkaitan
#MPV
#polis johor
#ayob khan mydin pitchay
#peronda polis
#maut
#kejar penjenayah
#Kampung Kangkar Tebrau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan