awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 tahanan lari dari penjara, 2 ditemui semula

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
01/07/2021
16:36 MYT
4 tahanan lari dari penjara, 2 ditemui semula
Empat individu dipercayai tahanan reman telah melarikan diri dari penjara itu sekitar jam 6.10 petang. - Gambar/ PDRM
KUCHING: Dua tahanan berjaya ditemui semula selepas lebih lima jam melarikan diri dari Penjara Puncak Borneo di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata kedua-dua mereka dijumpai di kawasan hutan berhampiran Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuching.
Katanya, dua lagi tahanan masih diburu.
Terdahulu, katanya empat individu dipercayai tahanan reman telah melarikan diri dari penjara itu sekitar jam 6.10 petang.
Kata Aidil kejadian itu disedari petugas penjara sebelum memaklumkan kepada pengawal.
“Setakat ini kita masih menunggu laporan lengkap mengenai butiran suspek yang melarikan diri.
“Terdapat empat tahanan telah lari dalam kejadian ini, dua daripadanya berjaya ditemui,”katanya ketika dihubungi Astro AWANI malam ini.
Menurut Aidil, gerakan mencari termasuk menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) telah dilaksanakan sejak jam 7 malam tadi bagi mengesan semua mereka.
Topic Berkaitan
#tahanan lolos
#Penjara Puncak Borneo
#Sarawak
#Padawan
#polis
#Aidil Bolhassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan