awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

41 rangka manusia dan 'Penang Woman': Apa anda perlu tahu

Astro Awani
Astro Awani
13/04/2023
08:14 MYT
41 rangka manusia dan 'Penang Woman': Apa anda perlu tahu
Penyelidik USM, Shariful Idzwan Sahidan menunjukkan lakaran wajah Penang Woman dan replika rangka manusia yang berusia lebih 5,000 tahun yang ditemukan ketika kajian penyelidikan di Guar Kepah, Kepala Batas. - Gambar fail
SEBANYAK 41 rangka manusia yang digali di tiga kawasan timbunan cengkerang di Guar Kepah, Kepala Batas akan dibawa pulang ke Malaysia pada tahun depan.
Ketika ini, kesemua rangka berkenaan yang dipercayai keturunan 'Penang Woman' disimpan di Muzium Natuurhistorisch Kebangsaan di Leiden, Belanda.
INI FAKTA ANDA PERLU TAHU BERHUBUNG 41 RANGKA MANUSIA DAN PENANG WOMAN:
1. Kini ditempatkan di Muzium Kebangsaan Natuurhistorich Leiden di Belanda. Dipercayai keturunan 'Penang Woman' dan dijangka dibawa pulang ke tanah air selewat-lewatnya Januari tahun depan.
2. Kesemua rangka tersebut telah diserahkan dalam empat kotak yang mempunyai kod-kod tersendiri. Antara yang terkandung termasuk tulang, gigi, serta tengkorak, yang dipercayai milik individu dewasa, remaja dan kanak-kanak.
3. 41 rangka tersebut dipercayai dibawa ke Belanda pada tahun 1936 dan telah dianalisis antara tahun 1960 dan 1996, masing-masing di Utrecht University dan Muzium Kebangsaan Natuurhistorich.
4. Kajian akan dijalankan bagi mengenal pasti antaranya pentarikhan, punca kematian serta diet (pemakanan) sebaik ia dibawa pulang ke Malaysia.
5. Selain 41 rangka tersebut, satu lagi rangka dikenali sebagai 'Penang Woman' telah ditemui pada 19 April 2017 di Guar Kepah, Kepala Batas.
.
Lakaran wajah 'Penang Woman' yang didedahkan pada Julai tahun lalu - Journal of Applied Sciences
6. Wajah lakaran 'Penang Woman' telah berjaya disiapkan pada 5 Julai 2022.
7. Lakaran wajah 'Penang Woman' dibuat menerusi kaedah Forensic Facial Approximation (FFA) berdasarkan tengkoraknya oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan pakar reka bentuk 3D dari Brazil.
8. Kesemua rangka tersebut akan ditempatkan di Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah, yang dijadual siap pada tahun depan.
Topic Berkaitan
#Penang Woman
#Rangka manusia neolitik
#Arkeologi Guar Kepah
#41 rangka manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan