awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

44 pelajar kolej, pemandu terselamat bas persiaran terbakar

Aida Aziz
Aida Aziz
10/09/2022
10:15 MYT
44 pelajar kolej, pemandu terselamat bas persiaran terbakar
Seramai 44 pelajar dan seorang pemandu terselamat selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbakar di Kilometer 395, Jalan Gerik, Tasek Banding, hari ini. - Foto JPBM Perak
GERIK: Seramai 44 pelajar dan seorang pemandu terselamat selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbakar di Kilometer 395, Jalan Gerik, Tasek Banding, di sini hari ini.
Difahamkan kejadian yang berlaku tengah hari tadi itu membabitkan bas persiaran yang membawa pelajar Kolej Matrikulasi Changlun, Kedah.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.05 petang.
Menurut kenyataan itu lagi, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.
Menurut pihak bomba, bas berkenaan mengalami kemusnahan sebanhyak 80 peratus. - Foto JBPM perak
Menurut pihak bomba, bas berkenaan mengalami kemusnahan sebanhyak 80 peratus. - Foto JBPM perak
"Kebakaran melibatkan bas persiaran yang membawa pelajar Kolej Matrikulasi Changlun, Kedah.
"Seramai 44 pelajar dan pemandu dalam keadaan selamat dan semua mangsa keluar dengan sendiri dari kenderaan tersebut.
"Bas berkenaan dalam perjalanan dari Kelantan ke kolej berkenaan di Kedah," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Tambahnya lagi, punca kebakaran masih dalam siasatan.
Anggota bomba menggunakan satu aliran 'hose' 100 kaki, satu pancutan bersumberkan air dari pili bomba sehingga kebakaran berjaya dipadam. - Foto JBPM
Anggota bomba menggunakan satu aliran 'hose' 100 kaki, satu pancutan bersumberkan air dari pili bomba sehingga kebakaran berjaya dipadam. - Foto JBPM
Katanya, anggota bomba menggunakan satu aliran 'hose' 100 kaki, satu pancutan bersumberkan air dari pili bomba sehingga kebakaran berjaya dipadam.
Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Nizam Zakaria itu tamat pada jam 3.48 petang.
Topic Berkaitan
#bas terbakar
#bas persiaran
#pelajar kolej
#Jalan Gerik
#Tasek Banding
#JBPM Perak
#Gerik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan