awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima sekeluarga disamun, barang kemas bernilai kira-kira RM130,000 dilarikan
Selangor peruntuk RM10 juta selenggara jalan kritikal
SpaceX alihkan tumpuan bina bandar di Bulan berbanding projek Marikh - Musk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

45 kes orang hilang di Pahang selesai, empat lagi masih belum

Bernama
Bernama
12/11/2024
05:00 MYT
45 kes orang hilang di Pahang selesai, empat lagi masih belum
Yahaya berkata empat individu yang masih belum dijumpai melibatkan seorang wanita berusia 21 tahun dan tiga lelaki berusia 24, 27, dan 67 tahun. - Gambar fail/BERNAMA
KUANTAN: Polis Pahang berjaya menyelesaikan 45 daripada 49 kes orang hilang yang dilaporkan di seluruh negeri ini sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.
Beliau berkata empat individu yang masih belum dijumpai melibatkan seorang wanita berusia 21 tahun dan tiga lelaki berusia 24, 27, dan 67 tahun.
"Kes paling lama membabitkan Muhamad Shuqkrie, 24, seorang Orang Kurang Upaya yang dilaporkan hilang dari Kampung Salang, Tioman sejak 8 Sept lepas.
"Kes kedua, Buyong Gain, 67, dilaporkan hilang dari Kampung Jemeri, Kuala Rompin sejak 15 Sept," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.
Yahaya turut menjelaskan bahawa dua kes kehilangan lain melibatkan C. Kamal, 27, dari Kampung Kedaik, Kuala Rompin yang hilang sejak 14 Okt lepas dan J. Lessha, 21, yang kali terakhir dilihat menjalani latihan praktikal di Sekolah Kebangsaan Jerantut pada 15 Okt lepas.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes orang hilang
#Polis Pahang
#individu hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan