KUALA LUMPUR: Seramai 451 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat dan Pemulihan di seluruh negara, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Daripada jumlah itu, beliau berkata, seramai 393 individu dikenakan kompaun, manakala 58 lagi direman.

Berikut adalah antara tumpuan kenyataan media beliau hari ini:

1. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Flat Sibu Jaya Blok C, H, J, K, L, N dan R, Sibu, Sarawak akan ditamatkan pada 11 Mac.

2. Antara kesalahan direkodkan ialah gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (129), aktiviti pusat hiburan (82), tiada penjarakan fizikal (79), aktiviti Pelacuran (75), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (28), tidak memakai pelitup muka (49) dan premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (9).

3. Op Benteng pula menahan 24 orang pendatang tanpa izin (PATI), manakala enam buah kenderaan darat dirampas.

4. Seramai 5,036 warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan daripada jumlah itu, 88 orang didapati positif.

5. Secara kumulatifnya, seramai 598,790 pekerja warga asing telah menjalani] ujian saringan COVID-19.