JOHOR BAHRU:Seramai 46 anggota dan pegawai Polis Kontinjen Johor telah dibuang kerja kerana terbabit dalam pelbagai jenayah dan salah laku sepanjang tahun ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam tempoh sama, sebanyak 230 kertas siasatan tatatertib dibuka Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Johor (JIPS).
Katanya ia membabitkan seramai 32 pegawai kanan, 246 pegawai rendah polis dan dua pegawai awam.
"Kes salah laku merupakan yang tertinggi iaitu sebanyak 154, diikuti kes dadah melibatkan 46 kertas siasatan tatatertib.
"Sebanyak 161 kertas inkuiri tatatertib dibuka membabitkan seramai 78 pegawai kanan dan 152 anggota pangkat rendah berkaitan tohmahan dan surat layang.
"Hasil siasatan yang dijalankan, seramai 32 pegawai dan anggota telah diambil tindakan tatatertib di bawah Peraturan 37 iaitu dibuang kerja atau turun pangkat.
"Seramai 162 pegawai dan anggota diambil tindakan tatatertib di bawah Peraturan 36 (Tindakan bukan tujuan buang kerja atau turun pangkat) dan seramai 37 pegawai dan anggota diambil tindakan di bawah Peraturan 33(Sabitan mahkamah),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Johor di sini, hari ini.
Menurut Ayob Khan, sehingga kini terdapat seramai 45 pegawai dan anggota yang ditahan kerja dan 14 anggota digantung kerja melibatkan pelbagai kesalahan jenayah dan salah laku.
Katanya bilangan yang akan dibuang kerja dijangka bertambah berikutan masih terdapat kes tatatertib dalam siasatan dan perbicaraan mahkamah melibatkan penyalahangunaan dadah.
“Kami juga mengesan seramai 22 pegawai dan anggota yang mempunyai rekod jenayah lampau termasuk yang dikesan merupakan orang yang dikehendaki sebelum memasuki perkhidmatan kepolisan. Mereka ini sedang berkhidmat dan akan diambil tindakan.
“Pihak kami juga mendapat aduan berkaitan salah laku sukarelawan polis (PVR) yang merupakan unit sokongan atau bantuan dalam PDRM. Hasil semakan latar belakang 829 anggota PVR kontinjen Johor mendapati dua pegawai PVR dan 42 anggota PVR mempunyai rekod jenayah semasa dalam perkhidmatan PVR.
“Malah ada di kalangan mereka yang telah pun disabitkan dengan sabitan mahkamah. Tetapi mereka ini masih berkhidmat di balai polis dan saya akan syorkan untuk ditamatkan perkhidmatannya dalam waktu terdekat,” katanya.
Katanya, sehingga kini Polis Johor menerima 499 pengaduan melalui pelbagai sumber aduan dalaman dan orang awam bagi melaporkan salah laku atau ketidakpuasan hati terhadap pegawai dan anggota polis negeri ini.
Siti Nur Aqilla Omar
Thu Dec 17 2020
Ayob Khan berkata bilangan yang akan dibuang kerja dijangka bertambah berikutan masih terdapat kes tatatertib dalam siasatan dan perbicaraan mahkamah melibatkan penyalahangunaan dadah.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Polis tumpas sindiket seludup 100kg ganja setiap minggu dari negara jiran
Sindiket itu menjual semula ganja berkenaan dalam pelbagai bentuk dan berat kepada pembeli di seluruh negara.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Pengurus kargo cederakan isteri dan anak, jalani hukuman penjara dua tahun
Hakim mengeluarkan waran penahanan terhadap Sritharan yang dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuannya, untuk dibawa ke penjara.
Pesara KOKITAB maut dilanggar lari
Mangsa, Mohd Abdillah Abu Bakar, 63, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Lelaki warga emas maut terjatuh dari tingkat 13 rumah pangsa
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat berhubung kes tersebut.
Pekerja kilang maut terjatuh dalam mesin pembancuh simen
Seorang pekerja kilang maut selepas dipercayai terjatuh di dalam mesin pembancuh simen di tempat kerjanya, di Seksyen 35, di sini pada Rabu.
Polis lepaskan tembakan, pemandu kereta seludup 22 tong plastik petrol
Anggota polis daripada Pasukan Gerakan Am melakukan rondaan dan terlihat sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan, sebelum bertindak mengejarnya.
Insiden selisih faham di Taiping, polis minta saksi tampil bantu siasatan
Pemilik akaun Facebook 'Kelvin Lim' dan orang awam yang ada maklumat diminta tampil melengkapkan siasatan polis terhadap video tular itu.
Polis tumpas kegiatan pengedaran dadah jenis jus minuman
Suspek berumur 42 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang dalam operasi kira-kira 12.10 tengah malam.
Wanita rugi lebih RM41,000 jadi mangsa penipuan pekerjaan
Mangsa berminat mendapatkan kerja sambilan yang menawarkan komisen bagi setiap tugasan selepas terlihat iklan di laman Facebook.