Seramai 487  individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Berikut adalah lima tumpuan dalam kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini:

1. 487 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Daripada jumlah itu,  470 individu dikompaun dan 17 individu direman

2. Operasi Benteng berjaya menahan 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan seorang tekong

3. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Seremban dan Kuarters Penjara    Seremban, Negeri Sembilan dilanjutkan selama 14 hari lagi bermula 8 Disember 2020 sehingga 21 Disember 2020

4. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg Sabah Baru, Lahad Datu, Sabah ditamatkan pada 7 Disember 2020 seperti yang dijadualkan

5.  Sejak 24 Julai sehingga 6 Disember 2020, 83,164 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemuanya ditempatkan di 75 hotel dan 18 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta