Sebanyak 15,084 pelajar tidak dapat meneruskan sesi persekolahan esok apabila Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan memutuskan 48 sekolah ditutup berikutan banjir yang belum surut di negeri ini.
JPN Kelantan dalam kenyataan malam ini berkata jumlah itu membabitkan 24 sekolah di jajahan Pasir Mas, sembilan di Kuala Krai, enam di Tanah Merah, lima sekolah di Tumpat dan empat di Machang.
Sekolah yang ditutup di jajahan Pasir Mas adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru, SK Rahmat, SK Gual Tokdeh, SK Rantau Panjang, SK Lubok Stol, SK Sri Rantau Panjang 2, SK Kok Pauh, SK Sri Rantau Panjang 1, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al Falah Siram dan SABK Diniah Bongor.
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khay Boon, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, SMK Tiang Chandi, SK Gual Tinggi, SK Kedai Tanjong, SK Bakong, SK Gual Sitok, SK Gual Periok, SK Batu Jarum, SK Barol Pial, SK Kubang Kuau, SMK Barol Pial, SK Tok Sangkut dan SABK Al-Balaghul Mubin di jajahan itu turut ditutup.
Di Kuala Krai, ia melibatkan SK Pemberian, SK Bahagia, SK Ladang Taku, SK Pasir Kelang, SK Kuala Nal, SABK Saadatul Qura, SK Batu Jong, SK Pasir Gajah dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Pasir Gajah.
Bagi Tanah Merah, enam sekolah yang ditutup adalah SMK Ladang Kerilla, SK Ladang Kerilla, SK Sokor, SK Kampung Panjang dan SK Tebing Tinggi dan SK Kulim.
Di Tumpat, sekolah yang ditutup adalah SABK Nurul Huda Kajang Sebidang, SK Simpangan, SK Bendang Pak Yong, SK Pulau Beluru dan SK Telok Jering.5
Di Machang, sekolah yang ditutup adalah SMK Temangan, SK Temangan, SK Kampung Kerilla dan SJKC Chung Hwa.4
Semua sekolah terbabit ditutup sama ada sekolah itu dinaiki air atau laluan ke sekolah ditenggelami banjir serta berbahaya kepada pelajar dan guru.
Penutupan sekolah itu turut membabitkan 1,528 guru. -- Bernama
Bernama
Tue Jan 03 2017
Jumlah sekolah yang ditutup itu membabitkan 24 sekolah di jajahan Pasir Mas, sembilan di Kuala Krai, enam di Tanah Merah, lima sekolah di Tumpat dan empat di Machang. - Foto Twitter
'Saya perlu dapatkan semula keyakinan diri' - Zii Jia
Lee Zii Jia mengakui perlu mendapatkan semula keyakinan diri selepas tewas kepada nombor satu dunia Viktor Axelsen semalam.
Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini - MB
Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor merekodkan sejumlah 861 keluarga masih berada dalam kategori miskin tegar.
Mesir-Perancis bincang gencatan senjata, bantuan kemanusiaan di Gaza
Mereka menekankan keperluan segera untuk gencatan senjata dan membincangkan beberapa inisiatif yang bertujuan menyelesaikan krisis tersebut.
Kitaro di Festival Muzik Hutan Hujan Dunia 2024
Kitaro bakal membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2024 pada 28-30 Jun ini.
PH kerja keras pertahan DUN KKB, tidak mahu berasa selesa
Walaupun berjaya menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) selama tiga penggal sejak 2013, namun ia bukanlah tiket untuk Pakatan Harapan (PH) berasa selesa.
MDKpr nafi curi haiwan ternakan dalam kandang
Ahmad Suqairy berkata haiwan itu ditangkap dalam operasi oleh Bahagian Penguatkuasaan MDKpr pada 23 Apr lalu di kawasan Kolej TAR.
488 acara dipertandingkan di SUKMA Sarawak 2024 - MSN
Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) secara rasmi bersetuju menawarkan sejumlah 488 acara dipertandingkan pada temasya SUKMA Sarawak 2024.
Petronas Dagangan catat jualan lebih 16 bilion liter bahan api pada 2023
PDB merekodkan peningkatan perolehan sebanyak dua peratus didorong jumlah jualan lebih tinggi dan keuntungan selepas cukai yang meningkat.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$1.61 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Kemunculan Momota di gelanggang pastinya dirindui - Pemain badminton dunia
Momota bakal bersara daripada arena sukan badminton antarabangsa selepas Piala Thomas 2024 yang sedang berlangsung di Chengdu.
Penduduk Kuala Krai siap sedia hadapi banjir gelombang keempat
Hujan berterusan sejak dua hari lepas menyebabkan rata-rata penduduk yang menetap di kawasan rendah di Kuala Krai siap sedia hadapi banjir lagi.
Jalan Dabong-Jeli mula dibuka satu lorong - JKR
Laluan di Seksyen 73.85, Jalan Dabong - Jeli (FT066) yang terputus akibat kegagalan pembetung, dibuka secara satu lorong untuk semua jenis kenderaan ringan sahaja (maksimum hingga 20 tan) semalam.
Kos tambahan RM3.75 juta untuk selenggara Jalan Gua Musang-Kuala Krai
Kos tambahan sebanyak RM3.75 juta diperlukan bagi penyelenggaraan empat lokasi yang dikenal pasti antaranya disebabkan berlubang dan rosak di sepanjang Jalan Gua Musang-Kuala Krai (FT08).
Pejabat daerah mesti ‘buta warna’ agih bantuan banjir - Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar mengetepikan sentimen politik ketika mengagihkan bantuan banjir kepada rakyat.
7 pusat peperiksaan bakal terjejas jika banjir gelombang keempat
JPN Kelantan memaklumkan tujuh pusat peperiksaan bakal terjejas jika banjir gelombang keempat berlaku di negeri ini.
Lubang benam: Laluan KM73.850 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli ditutup
Laluan KM 73.850 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli (FT 066) berhampiran Kampung Kubur Datu di Jeli ditutup kepada semua kenderaan akibat lubang benam (sinkhole).
Kos pembinaan jalan sementara di Kampung Lata Janggut Seberang RM60,000
JKR menganggarkan kerja-kerja pembinaan jalan sementara di Kampung Lata Janggut Seberang di sini, akan menelan kos sebanyak RM60,000.
Banjir: 'Culvert 10' jadi tumpuan pemburu ikan sungai
Paras air Sungai Lachang yang mulai surut selepas banjir gelombang ketiga memberi rezeki kepada penggemar ikan sungai di sekitar Rantau Panjang.
Banjir: 1,122 mangsa berlindung di 13 PPS di 3 negeri
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri terus mencatatkan penurunan kepada 1,122 orang di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) tengah hari ini, berbanding 1,483 orang di 15 PPS pagi tadi.
NGO guna MRV buatan sendiri bantu mangsa banjir
Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menampilkan kelainan dengan menggunakan Multipurpose Rescue Vehicle (MRV) buatan sendiri bernilai RM1.6 juta untuk misi banjir.