KOTA KINABALU: Sebanyak 49 sekolah dengan 15,531 pelajar terlibat kejadian banjir di tujuh daerah di negeri ini hari ini.
Jurucakap Jabatan Pendidikan Negeri Sabah ketika dihubungi berkata 43 daripadanya adalah sekolah rendah manakala enam lagi sekolah menengah.
Menurut jurucakap itu 18 sekolah adalah di daerah Beluran, Kota Marudu (16), Pitas (enam), Beaufort (empat), masing-masing dua sekolah di Lahad Datu dan Kudat serta satu sekolah di Sipitang.
"Sebanyak 20 sekolah tidak dapat beroperasi kerana laluan dan kawasan sekolah telah dinaiki air, 10 sekolah dijadikan pusat pemindahan sementara manakala 19 lagi sekolah, laluan dan kawasan sekitarnya telah dinaiki air namun masih boleh beroperasi," katanya hari ini.
Sementara itu, Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Idris Mohd Noor berkata 22 pencawang elektrik di Pitas ditutup sebagai langkah keselamatan penduduk susulan banjir.
Beliau berkata penutupan menjejaskan bekalan elektrik di Kampung Bawang dan beberapa kampung sepanjang Jalan Kanabongan.
"Bekalan elektrik ke Kudat dan Kota Marudu masih terkawal. SESB juga memastikan aduan diterima pengguna terjejas dapat ditangani dengan baik. SESB menerima banyak aduan sejak semalam melibatkan pokok dan talian tumbang, kami sedang berusaha membaikinya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Idris berkata kerja baik pulih bekalan dijangka mengalami kelewatan disebabkan beberapa jalan perhubungan di daerah terlibat tidak dapat dilalui akibat banjir dan mengambil kira faktor keselamatan serta cuaca yang tidak mengizinkan.
Beliau berkata orang ramai boleh menghubungi SESB Careline 15454, talian 088-515000 atau WhatsApp di 019-852 5427 bagi melaporkan sebarang perkara berkaitan bekalan elektrik.
Jabatan Kerja Raya Sabah dalam kenyataan berasingan pula memaklumkan dua jalan terputus hubungan hari ini di Pitas iaitu Jalan Kanobongan dan Jalan Kabatasan Dandun manakala Jalan Sin On di Tawau tidak boleh dilalui kenderaan ringan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023

Antara sekolah yang dinaiki air di Sabah. - Foto Sinar Harian

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa bersama media, terima zakat perniagaan RM1.64 juta
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat berjumlah RM1.64 juta.

Pelaburan China pacu Malaysia ke tahap lebih tinggi - Penganalisis
Pelaburan baharu ini akan mendorong penciptaan pekerjaan yang meluas membabitkan graduan yang sedang bergelut untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Impian Hannah Yeoh jadi penyampai berita tercapai
Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini. (2 April).

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah - Fadhlina
Bagaimanapun, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023.

Inisiatif tambahan Belanjawan 2023 ibarat 'talian hayat' - Pesawah
Peruntukan tambahan itu bukti keprihatinan Perdana Menteri dalam membantu golongan pesawah demi kelangsungan hidup terutama ketika bulan Ramadan.

Ker Ying tanam misi pertahan legasi pingat emas di Sukan SEA
Ker Ying tekad untuk memberikan 100 peratus dalam latihan selain akan berbincang dengan jurulatihnya Li Jun Bai untuk menyusun strategi.

Felcra lancar beras harga RM13 sekampit bagi 5kg
Beras yang dijual RM10 pada harga promosi itu, 100 peratus dikeluarkan di estet padi negeri Perak.

Banjir: RM5 juta selenggara anak sungai, parit tersumbat di Penampang
Peruntukan itu akan disalur dalam masa terdekat dan ia merupakan penyelesaian jangka pendek bagi mengatasi masalah banjir di sana.

Jumlah mangsa banjir di Johor terus menurun, Sabah kekal
Batu Pahat yang mengalami banjir termenung setakat ini merekodkan seramai 644 mangsa daripada 179 keluarga.

49 sekolah terlibat banjir di Sabah
Sebanyak 49 sekolah dengan 15,531 pelajar terlibat kejadian banjir di tujuh daerah di Sabah hari ini.

Banjir Sabah: Jumlah mangsa dipindahkan meningkat kepada 607 orang
Jumlah mangsa banjir di Sabah memingkat kepada 607 orang berbanding 251 setakat jam 4 petang Rabu.

65 mangsa banjir dipindahkan di Paitan, Sabah
Seramai 65 orang daripada 16 keluarga di Paitan dipindahkan sehingga 8 malam ini akibat banjir yang melanda daerah itu pada lewat petang tadi.

Jumlah mangsa air pasang besar, banjir di Sabah kekal 1,606 orang
Jumlah mangsa banjir dan air pasang di Sabah terus meningkat kepada 1,606 orang susulan hujan berterusan sejak Jumaat lalu.

Fenomena air pasang dan banjir di Sabah, jumlah mangsa dipindahkan meningkat kepada 1,636
Jumlah mangsa banjir dan air pasang di Sabah terus meningkat kepada 1,626 orang susulan hujan berterusan sejak Jumaat lalu.

Banjir: 25 mangsa terperangkap di pusat peranginan Polumpung Sabah
Seramai 25 orang terperangkap dalam kejadian banjir di pusat peranginan Polumpung Kampung Melangkap Baru, Kota Belud pada Jumaat.

Mangsa banjir di Sabah tinggal 63 orang
Hanya satu PPS masih beroperasi iaitu Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir di Beaufort.

Seramai 923 mangsa banjir dipindahkan di Sabah
Tenom daerah paling terjejas dengan 396 mangsa banjir daripada 125 keluarga dipindahkan di lima PPS.