PEKAN: Lima sekeluarga termasuk seorang bayi maut selepas kereta mereka bertembung dengan sebuah treler di Jalan Gambang-Muadzam, dekat Kampung Pulau Manis, di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Zahari Wan Busu berkata, dalam kemalangan jam 3.13 petang itu, semua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, mereka dikenal pasti sebagai Muhammad Rosli Ibrahim, 33; Nor Afikah Abdullah Sani, 35; serta tiga anak iaitu Nur Safwa Irdina, 7; Nur Sofea Rajda, 6; dan seorang bayi.
"Berdasarkan dokumen pengenalan diri ditemui, semua mangsa berasal dari Simpang Empat, Semanggol, Perak.
"Pemandu dan kelindan lori treler yang terbabit dalam kejadian itu tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam pada itu, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Chini dan Taman Tas terbabit dalam operasi mengeluarkan mangsa.
"Tiga jentera bersama 13 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi sebaik pusat gerakan operasi Bomba Pahang menerima laporan kemalangan itu.
"Semua mangsa dikeluarkan dari kereta jenis Toyota menggunakan peralatan khas menyelamat dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Mohd Zalani Md Atan
Tue Jun 28 2022

Semua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan jam 3.13 petang itu. - Gambar/ JBPM

Cerita Sebalik Berita: ‘Gotong royong cucuk vaksin’
Dokumentari 'Gotong Royong Cucuk Vaksin' sempena Hari Kemanusiaan Sedunia.

Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan 2022 meningkat sehingga 50.35 peratus - PM
Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan 2022 setakat 15 Ogos mencatat peningkatan sehingga 50.35 peratus berbanding 26.4 peratus pada 15 April lalu.

Cerita Sebalik Berita: Dokumentari istimewa sempena Hari Kemanusiaan Sedunia
Penerbit Bersama Dokumentari 'Gotong Royong Cucuk Vaksin', Sze Ning dan Ahli Lemba Pengarah Bulan Sabit Merah Malaysia, Suhana Sidik bercerita kerjasama mereka sempena Hari Kemanusiaan Sedunia.

EPL: FA dakwa Manchester City gara-gara penyokong ceroboh padang
Manchester City didakwa oleh Persatuan Bolasepak England (FA) selepas penyokong mereka menceroboh padang sebaik mengesahkan kejuaraan EPL musim lalu.

Cuka rawatan awal sengatan ubur-ubur
Orang ramai boleh menggunakan cuka sebagai rawatan awal untuk sengatan ubur-ubur, kata Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Wan Muhammad Aznan Abdullah.

Manusia punca hidupan liar pupus, bukan minyak sawit - KPPK
Aktiviti pemburuan menjadi penyumbang utama kepada kemerosotan jumlah orang utan di Borneo sejak 200 tahun lepas, iaitu jauh sebelum bermulanya pembangunan minyak sawit sekitar 1970-an.

AWANI Ringkas: Tun Dr Mahathir saman Datuk Seri Ahmad Zahid isu ‘kutty’
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ekspo Smart Nation | Penganjuran hab teknologi terbesar di rantau ASEAN
Lebih 20,000 delegasi dan peserta melibatkan pemain industri teknologi dari seluruh dunia bakal disatukan dalam Ekspo Smart Nation 2022 pada September ini. My Digital Corporation sebagai agensi peneraju, ekspo bertemakan memacu transformasi digital menjadi platform buat pengunjung merasai pengalaman bagaimana semua sektor ekonomi boleh ditransformasi menerusi ekonomi digital.

Kes SRC | Keputusan Mahkamah Persekutuan tolak penangguhan munasabah, adil
Tindakan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan pasukan peguam bela baharu Datuk Seri Najib Tun Razak yang minta diberi masa untuk membuat persiapan bagi rayuan utamanya berhubung penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, adalah disifatkan adil dan munasabah.

Mahkamah | Lelaki cederakan bekas kekasih ke tirai besi
Seorang pekerja syarikat pembekal dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas mengaku bersalah mencederakan dua wanita termasuk bekas kekasihnya bulan lalu.

Ugutan ke atas Ketua Hakim, ambil tindakan segera - AMK
Percubaan mengheret semua pihak termasuk mahkamah dan sistem keadilan untuk mengikut rentak dan kehendak pihak tertentu disifatkan melampau.