awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

50 murid, ibu bapa dikuarantin selepas guru jadi kontak rapat suami positif COVID-19

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
02/10/2020
09:45 MYT
50 murid, ibu bapa dikuarantin selepas guru jadi kontak rapat suami positif COVID-19
Semua murid yang terbabit adalah Tahun Satu dan Tahun Dua yang mempunyai kaitan dengan guru berkenaan. -Gambar Astro AWANI
KUALA NERUS:Kira-kira 50 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kemunting di sini, bersama ibu bapa mereka diarah menjalani ujian saringan COVID-19 selepas seorang guru menjadi kontak rapat suaminya yang positif selepas pulang dari Sabah.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Salim Abdul Ghani ketika dihubungi berkata, petugas Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas murid terbabit bermula pagi tadi.
Katanya, murid yang terbabit adalah Tahun Satu dan Dua yang mempunyai kaitan dengan guru berkenaan di sekolah itu.
"Semua murid bersama penjaga mereka juga dikuarantin selama 14 hari di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Datuk Razali Ismail, Maras, Kuala Nerus," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, tindakan lanjut bergantung kepada arahan seterusnya daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#sekolah
#kuarantin
#ujian saringan
#terengganu
#Kuala Nerus
#Padang Kemunting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan