awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

545 layak undi awal PRK Rompin hari ini

Bernama
Bernama
30/04/2015
00:18 MYT
545 layak undi awal PRK Rompin hari ini
Mereka yang layak mengundi awal terdiri daripada 285 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 260 anggota polis. - Gambar Fail
Sebanyak 545 pengundi awal menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin bermula 8 pagi ini.
Mereka terdiri daripada 285 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 260 anggota polis.
Proses pengundian berlangsung di empat saluran mengundi iaitu di Dewan Sri Ibam, Skuadron 322 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Bukit Ibam, bilik rehat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, bilik maklumat Balai Polis Muadzam Shah dan bilik maklumat Balai Polis Tekek, Pulau Tioman.
Pusat mengundi di Balai Polis Muadzam Shah dan Balai Polis Tekek, Tioman akan ditutup pada 2 petang ini manakala pusat mengundi di Skuadron 322 TUDM Bukit Ibam dan IPD Rompin akan ditutup pada 5 petang.
PRK Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad ekoran kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.
Topic Berkaitan
#BN
#PAS
#pilihan raya kecil
#PRK
#Rompin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan