KUALA LUMPUR: Seramai 547 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh 24 jam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu 14 direman manakala selebihnya dikompaun.

"Antara kesalahan paling banyak direkodkan adalah tiada penjaran fizikal iaitu 97 individu, diiukti tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (82 individu) dan 67 individu lagi gagal merekodkan butiran diri ketika memasuki premis," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan memaklumkan, sebanyak 62 premis membabitkan kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarah ditutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.

Pada Sabtu, pasukan Task Force Operasi Pematuhan melakukan 83,068 pemeriksaan dan snap check COVID-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramao 19,661 anggota.