awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

55 rumah diroboh dalam Operasi Perobohan Koloni Setinggan di Kota Kinabalu

Bernama
Bernama
06/02/2025
14:19 MYT
55 rumah diroboh dalam Operasi Perobohan Koloni Setinggan di Kota Kinabalu
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menerusi kenyataan memaklumkan operasi itu melibatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, termasuk Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). - Foto Facebook IPD Kota Kinabalu
KOTA KINABALU: Sebanyak 55 rumah setinggan dirobohkan dalam Operasi Perobohan Koloni Setinggan di sini hari ini bagi membanteras jenayah dan memastikan keselamatan serta keselesaan penduduk sekitar.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menerusi kenyataan memaklumkan operasi itu melibatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, termasuk Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
Turut terlibat dalam operasi pertama pada tahun ini adalah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) dan Jabatan Ketua Menteri (JKM).
"Rumah-rumah ini didapati dibina secara haram dan tidak memenuhi syarat keselamatan yang ditetapkan.
"Perobohan ini bukan sahaja bertujuan untuk menghapuskan penempatan haram, tetapi juga memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk sekitar," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan operasi ini akan diteruskan pada masa hadapan sebagai usaha membanteras jenayah, pendatang tanpa izin (PTI), dadah dan gejala sosial di daerah berkenaan.
"Pihak Polis Diraja Malaysia IPD Kota Kinabalu komited untuk memastikan daerah ini bebas daripada sebarang kegiatan jenayah dan aktiviti yang tidak sah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Operasi Perobohan Koloni Setinggan
#Kota Kinabalu
#rumah diroboh
#DBKK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan