awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5,544 unit komputer judi bernilai RM1.16 juta dilupus

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
04/12/2017
10:06 MYT
5,544 unit komputer judi bernilai RM1.16 juta dilupus
Ramli hadir ke majlis pelupusan 5,544 set komputer judi siber di stor pelupusan IPK Sabah pada Isnin. - Foto Astro AWANI
Sebanyak 5,544 unit komputer yang digunakan untuk kegiatan perjudian siber bernilai lebih RM1.16 juta berjaya dilupuskan polis di stor barang dan tapak pelupusan kes Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, semua barangan berkenaan adalah membabitkan set komputer meja, monitor dan papan kekunci yang dirampas oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu membabitkan 96 kertas siasatan berjaya diselesaikan dalam tempoh sembilan tahun berkenaan.
Beliau berkata, pelupusan terbabit juga mengambil pendekatan untuk melupuskan barang kes dengan menggunakan kaedah e-waste selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah menerusi kontraktor dilantik.
"Untuk makluman, pada hari ini kita melupus 5,544 set komputer berunsur perjudian yang dirampas oleh IPD Kota Kinabalu sejak tahun 2006 hingga 2015 lalu dengan membabitkan nilai RM1.16 juta.
"Pelaksanaan pelupusan barang kes dengan menggunakan sistem atau kaedah e-waste ini adalah kali pertama dilakukan oleh pihak IPD Kota Kinabalu, "katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita bersempena program pelupusan barang kes IPD Kota Kinabalu di IPK Sabah, hari ini.
Topic Berkaitan
#IPD Kota Kinabalu
#IPK Sabah
#JAS
#judi siber
#komputer
#komputer meja
#monitor
#operasi
#papan kekunci
#Ramli Din
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan