awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'I LITE U': Penutupan Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang bermula 8 pagi esok
Proses kenal pasti mangsa kebakaran di pusat peranginan Switzerland mungkin ambil masa
Polis siasat insiden lelaki meluru ke arah kereta sedang bergerak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

56 rumah terjejas akibat ribut, angin kencang di Batu Pahat

Bernama
Bernama
03/10/2025
04:45 MYT
56 rumah terjejas akibat ribut, angin kencang di Batu Pahat
Kira-kira 56 rumah dilaporkan rosak akibat ribut dan angin kencang yang melanda beberapa daerah di Johor semalam. - Facebook Mohd Jafni
BATU PAHAT: Kira-kira 56 rumah dilaporkan rosak akibat ribut dan angin kencang yang melanda beberapa daerah di negeri ini semalam, menyaksikan Batu Pahat mencatatkan jumlah kerosakan tertinggi.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata kejadian itu menyebabkan kerosakan harta benda, terutama bumbung rumah selain gerai makanan yang turut rosak.
"Setakat ini, 28 laporan polis telah dibuat oleh keluarga mangsa yang terjejas, melibatkan 15 kes di Batu Pahat, 12 di Tongkang Pechah dan satu di Parit Raja. Tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Seorang penduduk di Taman Santalia, Tongkang Pechah, Azlan Sam, 60, berkata ketika kejadian kira-kira 4.30 petang itu, dia terdengar dua dentuman kuat sebelum disusuli ribut dan hujan lebat.
"Saya hanya mampu melihat dari dalam rumah ketika angin ribut menerbangkan gerai sarapan pagi milik saya, malah kereta saya juga dihempap pokok tumbang," katanya sambil menambah beberapa keping bumbung zink rumahnya turut diterbangkan dalam kejadian hampir 30 minit itu.
Seorang lagi mangsa, Johari Sitam, 63, berkata sepanjang lebih 49 tahun menetap di kawasan itu, ini ribut paling kuat yang pernah berlaku sehingga menyebabkan rumahnya rosak dan bekalan elektrik terputus.
"Beberapa keping bumbung zink diterbangkan ribut dan kami sekeluarga kini bergelap selepas kediaman terputus bekalan elektrik," katanya.
Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor Kamal Mokhtar berkata dua rumah di Kampung Pinggir, Simpang Renggam, turut mengalami kerosakan akibat ribut pada petang semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani Datuk Mohamad Najib Samuri berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan akan memastikan bantuan sewajarnya disalurkan kepada mangsa.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia Ambun Dindang pula berkata keadaan ribut ketika ini fenomena biasa susulan Fasa Peralihan Monsun yang bermula 30 Sept lepas.
Beliau berkata fenomena itu dijangka berlarutan hingga November depan, dengan hujan lebat serta angin kencang lazimnya berlaku pada petang dan malam, terutama di Pantai Barat Semenanjung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Batu Pahat
#dihempap pokok
#rumah rosak
#angin kencang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan