awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
Tentera Israel dakwa bunuh anggota pasukan Quds Iran di Lubnan
Pelarasan tarif asas kemudahan gas RP3 tidak jadikan harga gas keseluruhan lebih tinggi - FMM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

58 kawasan di Lembah Klang terjejas bekalan air selama tiga hari bermula hari ini

Astro Awani
Astro Awani
06/04/2021
03:26 MYT
58 kawasan di Lembah Klang terjejas bekalan air selama tiga hari bermula hari ini
Kerja-kerja penggantian injap ini dijangka akan siap pada jam 9 malam hari ini.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 kawasan di Gombak dan 46 kawasan di Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air selama tiga hari bermula hari ini ekoran kerja-kerja penggantian injap pada jajaran paip air mentah di Empangan Klang Gates.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan kerja-kerja penggantian injap itu menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju telah dimulakan pada jam 9 pagi hari ini (6 April) seperti yang dijadualkan.
Menurut Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Elina Baseri kerja-kerja penggantian injap ini dijangka akan siap pada jam 9 malam hari ini.
"Selepas kerja-kerja berjadual ini siap dilaksanakan, loji dan sistem agihan akan distabilkan sebelum bekalan air mula disalurkan kepada pengguna.
"Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah secara berperingkat-peringkat dan berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Elina berkata, bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 5 pagi 9 April 2021 dan Air Selangor akan menggerakkan sebanyak 29 lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis serta upacara pengebumian.
"Air Selangor turut menyediakan kemudahan pembelian air kepada pihak industri atau pelanggan komersial dengan membuat pembayaran di kaunterkaunter Khidmat Pelanggan Air Selangor.
"Para pelanggan perlu menyediakan kenderaan atau lori tangki yang disewa sendiri," katanya lagi.
Pengambilan air boleh dilakukan di dua stesen pengambilan air di Jalan TPP 5/17, Taman Perindustrian Puchong 5/17 dan Stor Air Selangor Hulu Langat, Seksyen 13, Jalan P/4 Bandar Baru Bangi.
Pusat Khidmat Setempat (PKS) turut dibuka di Sebelah Padang Bola, Hospital Kuala Lumpur dan kawasan letak kenderaan My Capital, Jalan Jejawi, Bangsar bagi kemudahan para pengguna membuat aduan.
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#henti tugas
#ganti injap
#Empangan Klang Gates
#Loji Rawatan Air Bukit Nanas
#Loji Rawatan Air Wangsa Maju
#Elina Baseri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan