Jumlah penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE) petugas kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) sebanyak 59 juta unit sebulan.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata oleh itu KKM telah berbincang dengan beberapa agensi terutamanya dalam industri fesyen untuk memastikan bekalan berterusan bagi PPE.
"Kami telah berhubung dengan (pengusaha) industri, pereka fesyen, serta bekerjasama dengan agensi lain untuk memastikan bekalan berterusan dari industri tempatan untuk menghasilkan PPE KKM.
"Ada 18 item dalam satu set PPE, jadi kami mengawasi penggunaannya dan memastikan stok diperoleh dan dihantar ke KKM," katanya dalam taklimat harian COVID-19 di sini pada Khamis.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata pihaknya mendapati ada warga KKM yang mendapat jangkitan COVID-19 kerana berkongsi pantri yang kecil beramai-ramai dalam masa yang sama.
"Satu daripadanya mungkin yang kita perhatikan apabila mereka masuk ke pantri untuk rehat, pantri kecil dan sesak, ramai yang masuk pada satu-satu masa, mungkin ada jangkitan di situ.
"Bila warga KKM bekerja di wad COVID-19 atau Unit Rawatan Rapi (ICU), mereka tidak dijangkiti sebab mereka pakai PPE," katanya.
Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata KKM menyarankan agar pantri sentiasa dibersihkan dan disanitasi dari semasa ke semasa kerana di kawasan yang kecil dan tertutup seperti pantri, kadar jangkitan mungkin berlaku.
Beliau berkata setakat hari ini warga KKM yang dijangkiti COVID-19 adalah seramai 267, dengan 73 peratus daripada jangkitan didapati dalam komuniti dan bukan kerana bekerja di wad COVID.
"Kami ada 50 orang iaitu 19 peratus yang dapat jangkitan di hospital iaitu mereka yang dapat jangkitan daripada pesakit, kerana ada pesakit tak maklum sejarah perjalanan atau ada kaitan dengan kumpulan berisiko tinggi atau mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 16 2020
Noor Hisham berkata KKM telah berbincang dengan beberapa agensi terutamanya dalam industri fesyen. - Bernama
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Gangguan bekalan elektrik: 'Kecoh juga, urusan tergendala seketika'- Pesakit
Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang memberi kesan terutama kepada pesakit di hospital apabila tidak terlepas mengalami gangguan pada Rabu.
Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs
Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.
Mohamad Sabu stabil, dijangka keluar hospital esok
Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu kini berada dalam keadaan stabil.
Hospital bergerak Australia teruskan usaha rawat hidupan liar di tapak baharu
Hospital bergerak yang merawat hidupan liar di Australia seperti koala dan kangaroo bakal berpindah ke lokasi baharu di Byron Bay.
Empat kluster baharu dikesan hari ini - Dr Noor Hisham
KKM memaklumkan terdapat empat kluster baharu dikenal pasti pada Ahad iaitu Kluster Bah Layangan, Kluster Alma, Kluster Auto dan Kluster Penjara Kepayan.
Dua kanak-kanak antara empat kes baharu COVID-19 di Sarawak
Sarawak mencatat empat lagi kes COVID-19 menjadikan kes keseluruhan berjumlah 763 kes
Perdana Menteri negatif COVID-19 bagi saringan kedua, tamat kuarantin
Tambah kenyataan tersebut lagi, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh telah tamat tempoh kuarantin pada 16 Oktober.
COVID-19: KKM kesan tiga lagi kluster baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan tiga lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Lekir, Kluster Buntar, dan juga Kluster Merbok.
6 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti, 4 di Sabah
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, empat adalah di Sabah, satu masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang.
COVID-19: Gelombang ketiga lebih mencabar, namun KKM lebih bersedia - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan gelombang ketiga COVID-19 di Malaysia lebih mencabar.