BAGAN SERAI: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 60 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan di perkampungan nelayan Kuala Gula di Parit Buntar, pada Jumaat malam.
Turut dirampas lima laras senapang angin bersama peluru bebola besi yang dipercayai digunakan untuk menembak ikan.
Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, kesemua PATI itu terdiri daripada 37 warga Myanmar dan 23 Indonesia, dianggarkan berumur di antara 10 dan 50 tahun.
“Berdasarkan semakan awal, kebanyakan mereka masuk secara haram ke perkampungan ini, ke Malaysia, ke perairan kita, melalui pertukaran bot.
“Bot dari negara mereka datang dan menceroboh masuk ke perairan negara kita, dan kemudian bot nelayan dari sini akan pergi ke tengah laut dan mereka akan tukar untuk masuk ke dalam bot-bot nelayan tempatan,” katanya.
Beliau bercakap dalam sidang media selepas operasi itu awal pagi Sabtu.
Menurutnya, operasi yang disertai 90 pegawai dari Putrajaya dan Perak itu dilakukan ekoran aduan orang awam dan nelayan tempatan mengenai kehadiran PATI yang menjalankan kegiatan menangkap ikan di kawasan pesisir pantai.
Katanya, kegiatan mereka telah menjejaskan periuk nasi nelayan tempatan, selain dipercayai turut bekerja di kilang memproses belacan secara tidak sah.
Semua tahanan dibawa ke Depot Tahanan Langkap untuk siasatan lanjut dan akan diusir selepas dijatuhi hukuman.
Di samping itu, kata Khairul Dzaimee, pemilik bot dan kilang belacan akan dipanggil untuk siasatan dan didakwa kerana menggaji atau membenarkan PATI berada di dalam premis mereka.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 masuk ke Malaysia tanpa sebarang dokumen, manakala majikan pula disiasat di bawah Seksyen 56(1) akta sama.
Astro Awani
Sat Jul 23 2022
Sebahagian daripada 60 PATI yang ditahan Jabatan Imigresen dalam serbuan di perkampungan nelayan Kuala Gula pada Jumaat malam. -Astro AWANI
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
KESUMA laksana kajian semakan semula, pindaan Akta 4 dan Akta 800
Katanya, inisiatif untuk melaksanakan kajian ke atas Akta 4 dan Akta 800 adalah selari dengan hasrat KESUMA untuk memperkasa perlindungan sosial.
KP BHEUU buat laporan polis terhadap penuntut mendakwa waris Kesultanan Sulu
Notis Timbang Tara yang diserahkan kepada kerajaan Malaysia pada 30 Julai 2019 melibatkan anggaran tuntutan melebihi US$32 bilion.
Sesi libat urus beri ruang terangkan isu tuntutan kumpulan dakwa waris Sulu - BHEUU
Ia juga peluang kepada pimpinan dan rakyat Sabah untuk beri input dan cadangan bagi memperkasa tindakan yang sedang dan akan diambil.
Kertas rayuan pengampunan Najib tidak dibawa pada mesyuarat Lembaga Pengampunan Jumaat lepas
Kertas berkenaan akan dipertimbangkan pada masa yang sesuai mengikut perundangan dan peraturan-peraturan yang terpakai.
Khairul Dzaimee dilantik Ketua Pengarah BHEUU berkuat kuasa hari ini
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud hari ini dilantik sebagai Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri.
Khairul Dzaimee ditukar, Ruslin kini KP Imigresen
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud sah ditukarkan ke sebuah bahagian di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuat kuasa hari ini.
Empat pegawai imigresen ditahan disyaki terlibat seludup migran
Pegawai berkenaan bersuhabat menurunkan cap keselamatan ke atas pasport warga asing itu bagi memastikan perjalanan mereka selamat sampai ke destinasi.
Kedutaan negara asing tidak punya kuasa keluarkan pas lawatan sementara - JIM
Khairul Dzaimee berkata, pengeluaran visa dan pas kepada warga asing untuk tinggal dan bekerja di sini hanya boleh dikeluarkan oleh JIM.
Pastikan keselamatan, kedaulatan negara tidak terancam - KP Imigresen
Kemasukan dan keberadaan warga asing di Malaysia adalah tertakluk kepada dasar, peraturan dan perundangan yang berkuat kuasa.
JIM aktifkan QRT atasi kesesakan di pintu masuk negara
Jabatan Imigresen (JIM) mewujudkan Quick Response Team (QRT) sebagai langkah proaktif menangani kesesakan di pintu masuk negara terutamanya di KLIA.