awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

63 kes penyakit berjangkit babitkan mangsa banjir

Eton Khir
Eton Khir
02/01/2022
11:14 MYT
63 kes penyakit berjangkit babitkan mangsa banjir
Daripada 63 kes penyakit berjangkit, 42 kes adalah jangkitan saluran pernafasan akut (ARI), penyakit kulit (10), dan Acute Gastroenteritis (AGE) pula melibatkan (11) kes. - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
KUALA LUMPUR: Sebanyak 63 kes penyakit berjangkit terkini dikesan dalam kalangan mangsa banjir.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia membabitkan tiga jenis penyakit berjangkit, iaitu jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) sebanyak 42 kes, penyakit kulit (10 kes), dan Acute Gastroenteritis - AGE (11 kes).
Berkaitan situasi semasa bencana banjir, sehingga jam 3 petang 2 Januari 2022, KKM juga memaklumkan:
  • Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi – 143 PPS [Pahang (49), Johor (37), Negeri Sembilan (19), Sabah (17), Melaka (16), Kelantan (3) dan Terengganu (2)];
  • Jumlah negeri dilanda banjir – Tujuh (7) (Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Melaka, Johor, dan Negeri Sembilan);
  • Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir – 8,667 orang;
  • Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di PPS – 15 kes (tiada kes baharu hari ini);
  • Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir – 460 kes (9 kes baharu hari ini); dan
  • Jumlah kluster COVID-19 di PPS: 1 kluster (Tiada pertambahan kluster baharu hari ini).
Dalam masa sama, Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada mengadakan perkumpulan ramai di PPS serta memakai pelindung diri - semasa operasi memindahkan mangsa banjir dan sewaktu melakukan proses pembersihan pascabanjir, selain memastikan kebersihan diri terjaga dengan segera membersihkan badan terkena air banjir.
"Elak bermain atau meredah air banjir, elak minum air serta makan makanan tercemar. Jaga kebersihan kawasan PPS bagi mengelak penyakit bawaan vektor dan sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran terutama individu berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil dan individu mempunyai komorbiditi.
"Petugas perubatan di semua fasiliti kesihatan perlu lebih berwaspada akan gejala-gejala penyakit," katanya.
Kenyataan Akhbar KPK 2 Januari 2022 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) dan Bencana Banjir di Malaysia https://t.co/s0l44WIAYQ
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 2, 2022
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Noor Hisham Abdullah
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan