KUANTAN: Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, 63 rakyat Malaysia yang terkandas di Arab Saudi selepas bertolak ke negara itu untuk mengerjakan umrah sejak Jun lepas berkemungkinan dapat dibawa pulang minggu depan.
Beliau berkata, usaha membawa pulang jemaah terbabit yang terdiri daripada 28 orang dewasa dan 35 kanak-kanak sedang giat dilakukan termasuk menerusi perbincangan bersama Kedutaan Arab Saudi di sini dan pihak berkuasa di negara itu.
"Mereka ke sana untuk mengerjakan umrah dan saya difahamkan timbul masalah. Bagaimanapun, butiran lengkap akan diumumkan kemudian kerana ia masih dalam rundingan... cuma saya dapat mengesahkan yang kemungkinan besar kita boleh membawa mereka pulang," katanya pada sidang media di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota, di sini, hari ini.
Pada awal bulan ini, Wisma Putra dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menerusi kenyataan bersama mengesahkan kesemua rakyat Malaysia terkandas selepas dibawa ke Madinah oleh kumpulan tarekat Naqsyabandiyah Al-Kholidiah untuk mengerjakan umrah.
Mereka bagaimanapun hanya berada di Madinah dan tidak pernah dibawa ke Mekah untuk menyempurnakan ibadah itu manakala ketua kumpulan tarekat tersebut telah diusir oleh Kerajaan Arab Saudi pada 20 Ogos lepas susulan pelanggaran undang-undang tempatan.
Pada sidang media itu, Saifuddin turut memaklumkan, lima lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam.
Beliau berkata, setakat semalam, Kementerian Luar Negeri merekodkan bahawa seramai 453 rakyat Malaysia menjadi mangsa sindiket penipuan itu di Kemboja, Myanmar, Laos serta Thailand dan 269 orang daripada mereka telah dibawa pulang.
Seramai 52 orang direkodkan masih berada di depot imigresen negara terbabit dan usaha sedang dijalankan bagi mengesan 132 individu yang dilaporkan belum dapat dijejaki.
Saifuddin juga berkata, tujuh rakyat Malaysia yang bekerja sebagai pelabur forex di sempadan Kemboja-Vietnam akan dibawa pulang ke tanah air hari ini.
"Bagaimanapun, mereka tidak dikategorikan sebagai mangsa sindiket mengambil kira mereka bekerja secara sukarela dan bebas keluar masuk dari kawasan tempat kerja," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2022
Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, 63 rakyat Malaysia yang terkandas di Arab Saudi selepas bertolak ke negara itu untuk mengerjakan umrah sejak Jun lepas berkemungkinan dapat dibawa pulang minggu depan. - Gambar fail
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
63 rakyat Malaysia terkandas di Arab Saudi dijangka pulang minggu depan
Kesemua rakyat Malaysia itu terkandas di Arab Saudi sejak Jun lepas untuk mengerjakan umrah.