KUALA LUMPUR: Sebanyak 70 klinik daif di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara telah siap dinaik taraf menerusi inisiatif Bitara MADANI.
Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata pada masa sama, sejumlah 366 klinik daif lagi sedang dalam fasa pelaksanaan.
"Kita (KKM) menjangkakan mampu menyiapkan (naik taraf) keseluruhan 436 klinik daif pada Disember 2023. Kejayaan 2023 ini amat penting bagi KKM untuk meyakinkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menambah lagi peruntukan naik taraf klinik daif ini pada masa hadapan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk 'Membangun Klinik Daif, Memacu Perkhidmatan Efektif' terbitan Bernama TV malam tadi.
Menurut Lukanisman kos untuk menaik taraf sebuah klinik daif adalah sekitar RM50,000 hingga RM800,000.
"436 klinik yang sedang kita (KKM) laksanakan ini tidak mempunyai nilai kos menaik taraf yang sama rata. Nilai ini berbeza kerana ia mengikut keperluan dan tempat sesebuah klinik tersebut malah kita juga harus menjaga kualiti klinik kesihatan di negara ini," katanya.
Lukanisman yang juga Ahli Parlimen Sibuti berkata antara kriteria diambil kira dalam menaik taraf klinik daif itu ialah bangunan yang mempunyai kerosakan serta mempunyai struktur kayu atau separa kayu.
"Selain itu, kita juga melihat klinik yang mempunyai masalah seperti perpaipan atau pendawaian serta isu yang berhubung kait dengan keselamatan dan keselesaan pesakit yang hadir. Masalah ini berlaku di kebanyakan klinik di seluruh negara, tidak kira klinik kesihatan mahupun klinik desa yang telah beroperasi 50 tahun," katanya.
Inisiatif Bitara MADANI memberi fokus kepada penyelesaian terhadap kesulitan dan masalah yang dihadapi rakyat meningkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam dalam memastikan kesejahteraan rakyat.
Pada 3 Julai lepas, Anwar ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia MADANI (MTMM) mengumumkan kerajaan akan memberi tumpuan kepada dua projek Bitara MADANI iaitu usaha menaik taraf fasiliti daif di bawah KKM dan memperluas pelaksanaan Gerai MADANI.
"Di bawah projek menaik taraf fasiliti, kerajaan sedang mengambil langkah segera bagi menambah baik 436 fasiliti dan klinik kesihatan di bawah KKM dengan sasaran kesemua fasiliti akan memasuki peringkat pelaksanaan menjelang akhir 2023," kata Perdana Menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023
Menurut Lukanisman, kos untuk menaik taraf sebuah klinik daif adalah sekitar RM50,000 hingga RM800,000. - Foto fail/BERNAMA
PM Anwar arah tanam 100 pokok gantikan pohon terpaksa ditebang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap pohon yang terpaksa ditebang, digantikan dengan 100 pokok baharu yang wajib ditanam semula.
8 mengaku tidak bersalah urus kondo jadi pusat judi dalam talian
Seorang wanita dan tujuh lelaki termasuk seorang warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret 1, di sini pada Rabu atas pertuduhan menguruskan sebuah rumah sebagai pusat perjudian dalam talian.
Perlu dapat kebenaran sebelum lepas spesies ikan dalam sungai
Individu atau kumpulan yang berhasrat melepaskan mana-mana spesies ikan air tawar ke perairan umum perlu mendapat kebenaran rasmi daripada Jabatan Perikanan Negeri Perak.
Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei, daftar Perkeso sebelum Ops Kesan
Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei untuk mendaftar pekerja mereka secara sukarela dengan Perkeso, sebelum pelaksanaan Ops Kesan 2024.
Lelaki cedera terkena benang di SUKE buat laporan polis
Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, lelaki itu hadir membuat laporan polis di Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada jam 10.21 pagi.
AWANI Ringkas: Polis sahkan pemandu langgar atlet kayak dalam keadaan mabuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Memacu pembangunan belia yang lebih berdaya tahan
Sempena Hari Belia Kebangsaan 2024, Dr Nurul Ashikin Alias mengupas isu semasa dalam kalangan belia menerusi pelbagai aspek pada masa kini.
Perselisihan faham punca pusat hiburan dibaling bom petrol - Polis
Perselisihan faham melibatkan perniagaan dikenal pasti sebagai punca kejadian sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng dibaling bom sehingga menyebabkan kebakaran pada 9 Mei lepas.
Khairil Aslan mulakan kayuhan solo, latihan untuk tawan dataran ais Irkutsk, Rusia
Khairil Aslan memulakan kayuhan solo mengelilingi Semenanjung Malaysia sebagai latihan intensif untuk menjayakan Ice Storm Russia Expedition.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
RMK12: 1,200 klinik daif dinaik taraf, Institut Kesihatan Mental ditubuh - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga bersetuju untuk menyegerakan projek naik taraf fasa pertama di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
91 klinik daif siap dibaik pulih, naik taraf - Dr Zaliha
Sebanyak 91 klinik di seluruh negara yang dikategorikan sebagai daif telah siap dibaik pulih sepenuhnya, manakala 341 klinik dijadualkan siap menjelang akhir tahun ini.
Penambahbaikan 38 klinik daif di Kelantan dijangka siap Oktober
Hampir sebahagian daripada klinik daif telah siap dibaiki dan digunakan oleh rakyat.
70 klinik daif siap dinaik taraf menerusi Inisiatif Bitara MADANI - Lukanisman
Pada masa sama, sejumlah 366 klinik daif lagi sedang dalam fasa pelaksanaan.
RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti 39 klinik di seluruh Kelantan dikategorikan sebagai klinik daif untuk kerja baik pulilh tahun ini melibatkan peruntukan bernilai RM9.6 juta.
Kuasa lulus projek bawah RM50 juta segerakan baik pulih sekolah, klinik daif di Sarawak
Kuasa meluluskan projek pembangunan bernilai sehingga RM50 juta yang ada pada Sarawak mampu menyegerakan usaha membaik pulih sekolah dan klinik daif di negeri ini.
Belanjawan 2023: Segera selesaikan masalah sekolah dan klinik daif di kawasan pedalaman Sabah - Arthur
Pengumuman oleh Perdana Menteri untuk menaik taraf 400 buah klinik daif dan 380 buah sekolah daif seluruh negara mendapat sambutan cukup positif.
Belanjawan 2023: Kerajaan sasar siapkan segera pembaikan 400 klinik, 380 sekolah daif
Kerajaan sasar untuk menyiapkan dengan segera pembaikan bagi 400 klinik daif dan 380 sekolah daif dengan peruntukan RM1.2 bilion.