IPOH: Seramai 71 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk wanita pelayan pelanggan (GRO), ditahan dalam serbuan di 10 premis di sekitar Ipoh dan Enggor, Kuala Kangsar pada Rabu dan Khamis.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak, Sharmanrizal Rustam, kesemua tahanan terdiri daripada 10 lelaki warga Bangladesh, dua lelaki Pakistan, seorang wanita Laos dan seorang wanita Vietnam.
Tidak ketinggalan empat lelaki dan tiga wanita Indonesia, 10 lelaki dan dua wanita Myanmar, sembilan lelaki dan 29 wanita Thailand.
Katanya, operasi yang bermula 4 petang hingga 3 pagi keesokan hari itu turut menahan seorang lelaki tempatan.
"Operasi tersebut melibatkan 12 pegawai JIM Perak, pemeriksaan dibuat ke atas 133 individu di 10 lokasi berlainan.
"Bertindak atas aduan dan risikan, terdapat satu premis menjalankan aktiviti hiburan yang menawarkan khidmat gadis perhubungan pelanggan atau GRO.
"Premis itu di Kampung Jawa, di sini yang mana sebilangan besar pekerja GRO itu terdiri daripada wanita Thailand.
"Seramai 23 wanita Thailand ditangkap dalam Ops Gegar ini.
"Tangkapan dibuat bagi membanteras dan mengekang kemasukan pelancong asing yang menyalahguna kemudahan pas lawatan serta melanggar peraturan Imigresen," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Sharmanrizal berkata, serbuan turut dijalankan di sembilan premis perniagaan iaitu hotel dan spa, kedai makan, pembinaan, perkhidmatan dan kediaman pangsapuri.
Ia termasuk serbuan di dalam ladang sekitar Enggor yang ada penempatan perumahan untuk pekerja ladang.
"Kesemua mereka ditangkap di dalam beberapa operasi iaitu Ops Gegar, Ops Selera dan Ops Sapu.
"Kesemua warganegara asing itu ditangkap dan ditahan bagi siasatan kerana dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.
"Iaitu tidak memiliki sebarang pas yang sah untuk berada di dalam negara ini, Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal lebih masa dan kesalahan di bawah Peraturan 39 (b).
"Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas. Ia turut disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan di bawah Akta Pasport 1966," katanya lagi.
Tambahnya, siasatan akan diteruskan ke atas pemilik kediaman dan premis perniagaan yang membenarkan PATI berada di dalam premis mereka.
Aida Aziz
Thu Feb 29 2024
Empat wanita yang berasal dari Thailand yang bekerja sebagai GRO merupakan antara PATI yang ditahan dalam serbuan di 10 premis di sekitar Ipoh dan Enggor, Kuala Kangsar pada Rabu dan Khamis.
[KOLUMNIS] PRK KKB: UMNO ‘king maker’ senyap?
Di Kuala Kubu Baharu, UMNO dilihat sebagai penentu dan king maker dengan menghadiahkan satu blok undi, dalam jumlah yang besar.
Apple iOS 17.5.1 atasi isu gambar dipadam muncul semula
Apple tidak keluar sebarang komen, sekadar tawarkan kemas kini iOS 17.5.1, menyatakan ia mengatasi masalah gambar lama muncul semula itu.
Thailand umum rancangan jadi hab penerbangan Asia Pasifik
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengumumkan rancangan tiga peringkatnya untuk menjadi hab penerbangan di rantau ini. Ia bakal meningkatkan kapasiti pengembara udara kepada 270 juta orang setahun menjelang 2037 dan menjadi antara lima negara teratas dalam logistik udara di Asia-Pasifik.
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Windows Recall ingat kesemua aktiviti, lokasi fail pada PC
Microsoft mengatakan Recall ialah seperti mempunyai pembantu maya dengan memori fotografi.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Imigresen Sabah hantar pulang 1,773 pendatang warga Filipina tahun ini
Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata tiga siri menerusi Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin telah dilaksanakan tahun ini.
Tujuh lagi pendatang tanpa izin lolos ditahan, 98 berjaya diberkas setakat ini
Kesemua tangkapan itu dibuat oleh Pasukan Khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah bersama Pasukan Gerakan Am Briged Utara pada kira-kira 3 petang.
Pendatang asing lolos: 91 berjaya diberkas, 38 masih diburu - KP Perak
Polis menyeru orang ramai terus bekerjasama bagi mengesan baki tahanan yang masih bebas.
Penempatan haram: Pemilik tanah perlu bertanggungjawab - MB
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan pemilik tanah persendirian perlu bertanggungjawab dan mengambil perhatian dengan perkara yang berlaku di kawasan masing-masing.
Polis Thailand tahan 50 PATI dalam perjalanan ke Malaysia
Pasukan keselamatan Thailand hari ini menahan 50 pendatang tanpa izin warga Myanmar dalam satu operasi di Songkhla.
Polis cadang PATI ulang kesalahan ceroboh Malaysia disebat
Pendekatan itu merupakan salah satu bentuk pengajaran kepada PATI supaya tidak lagi berbuat demikian pada masa akan datang.
Pemilik jeti ditahan bersekongkol dengan sindiket PATI
Kesemua migran adalah warga Indonesia, tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai baru masuk ke Malaysia melalui laluan tidak diwartakan.
Isu PATI dibincang dalam pertemuan Ketua Polis Malaysia, Indonesia
Kerjasama antara kedua-dua negara perlu bagi memudahkan proses pemantauan dan penyelarasan sekiranya kejadian serupa berlaku pada masa hadapan.
Tragedi bot karam: 6 PATI ditemui lemas, seorang selamat
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian digerakkan sebelum tujuh lagi mangsa ditemui dengan enam daripada lemas.
18 PATI warga Myanmar ditahan
Hasil pemeriksaan mendapati kesemua warganegara Myanmar berkenaan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.