KUALA LUMPUR:Sebanyak 71 peratus kadar penggunaan katil direkodkan di sembilan hospital yang merawat pesakit COVID-19 membabitkan 723 pesakit di Sabah setakat 13 Okt.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata di 19 Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) pula menempatkan sebanyak 4,161 katil dengan kadar penggunaan 23 peratus.
"Setakat ini, kadar penggunaan 1,018 katil di sembilan hospital COVID-19 di Sabah adalah 71 peratus. Kadar penggunaan bagi katil ICU (Unit Rawatan Rapi) adalah 110, iaitu bersamaan 57 peratus.
"Jadi bagi mengurangkan beban di hospital, kes-kes COVID-19 kategori satu dan dua iaitu yang tiada gejala atau gejala ringan, kami akan tempatkan mereka di 19 PKRC manakala kes tahap tiga, empat dan lima akan ditempatkan di sembilan hospital di Sabah.
"Kami akan memantau dengan lebih mendalam lagi dan teliti untuk melihat perkembangan kes. Sekarang ini, kami melihat kepada keperluan ventilator. Kami ada 180 ventilator di Sabah dengan penggunaan hanya 30 peratus," katanya.
Memperincikan jumlah katil di sembilan hospital di Sabah, Dr Noor Hisham berkata bagi Hospital Queen Elizabeth, sebanyak 324 daripada 684 katil dikhaskan untuk pesakit COVID-19 dengan bilangan pesakit terkini ialah 237 atau 73 peratus.
Bagi Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah di Likas, jumlah katil untuk pesakit COVID-19 ialah 110 melibatkan 105 pesakit setakat ini iaitu pengisian sebanyak 95 peratus.
"Untuk Hospital Tawau, jumlah katil adalah 413, dan jumlah katil untuk pesakit COVID-19 ialah 214. Bilangan pesakit COVID-19 sekarang ini 178 dengan pengisian ialah 83 peratus.
"Hospital Duchess of Kent, Sandakan mempunyai 389 katil dan jumlah katil yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19 ialah 164, dan bilangan pesakit setakat ini ialah 87, iaitu pengisian 54 peratus," katanya.
Selain itu, Hospital Lahad Datu memperuntukkan 131 daripada 226 katil untuk pesakit COVID-19 dengan pengisian 92 pesakit (70 peratus) setakat ini, manakala Hospital Keningau dengan 18 pesakit (51 peratus) pengisian katil untuk pesakit COVID-19.
Bagi Hospital Kota Marudu dan Hospital Semporna masing-masing mencatatkan kadar pengisian katil sebanyak 25 peratus selain Hospital Kudat yang hanya mempunyai satu pesakit daripada dua katil yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 14 2020
Hospital Queen Elizabeth, sebanyak 324 daripada 684 katil dikhaskan untuk pesakit COVID-19 dengan bilangan pesakit terkini ialah 237 atau 73 peratus. -Bernama
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
71 peratus kadar penggunaan katil untuk pesakit COVID-19 di Sabah
Di 19 Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) pula menempatkan sebanyak 4,161 katil dengan kadar penggunaan 23 peratus.
PKPB di Sabah, Lembah Klang antara tumpuan kenyataan DS Ismail Sabri hari ini
Lima perkara penting kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.