MALAYSIA
718 individu ditahan ingkar SOP, berikut 5 tumpuan kenyataan Ismail Sabri

Ismail Sabri berkata, pada Jumaat anggota Penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) membuat 123 pemeriksaan tapak binaan di seluruh negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 104,228 pemeriksaan pada Jumaat.
Ia melibatkan 4,722 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 20,467 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Berikut lima tumpuan kenyataan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini:
1. Seramai 718 individu ditahan ingkar SOP, 663 dikompaun, 49 direman, 6 dijamin.2. Op Benteng tangkap 58 Pendatang Tanpa Izin (PATI), rampas 3 buah kenderaan darat serta 3 buah bot/kapal.
3. Sebanyak 21 buah bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui 7 aktiviti penglihatan.
4. 957 Sekatan Jalan Raya diadakan.
5. 169 operasi sanitasi telah dilaksanakan di seluruh negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami