JOHOR BAHRU: Sebanyak 90 tangkapan yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak 2020 hingga Dis tahun lepas di negeri ini melibatkan penjawat awam, diikuti dengan 75 pekerja swasta serta 54 individu awam.
Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias berkata dalam tempoh itu juga SPRM Johor telah mencatatkan sitaan berjumlah RM3.65 juta, selain melucut hak rampasan pesalah rasuah bernilai RM213,831.60.
"SPRM Johor telah menerima 940 maklumat berkaitan kesalahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam tempoh yang sama. Sebanyak 196 kertas siasatan dibuka dengan melibatkan 219 tangkapan dan 101 pertuduhan di mahkamah," katanya.
Beliau berkata demikan ketika berucap pada Majlis Pelancaran Drama Radio 'Ringgit Ke Syurga?' di Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Johor di sini hari ini yang dirasmikan Pengarah Bahagian Program Radio Jabatan Penyiaran Malaysia Nor' Ain Bakir.
Menurutnya dalam tempoh yang sama pihaknya menjayakan 286 ceramah khusus buat kumpulan sasar, dengan 131 program berteraskan pencegahan rasuah disampaikan kepada agensi kerajaan dan swasta, syarikat berkaitan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, pelajar institusi pengajian tinggi dan sekolah.
Sementara itu merujuk kepada pelancaran drama radio sempena Sambutan Ulang Tahun JohorFM Ke-58, Azmi berkata buat julung kalinya SPRM Johor dan Jabatan Penyiaran Malaysia menjalinkan kerjasama strategik dalam menerbitkan drama radio berkisarkan kes rasuah sebenar yang pernah disiasat oleh SPRM Johor sebelum ini.
Beliau berkata penyediaan skrip drama radio itu ditulis oleh pegawai SPRM Johor dari Unit Pendidikan Masyarakat (PenMas) dan tiga cawangan SPRM iaitu Batu Pahat, Kluang dan Segamat.
"Kerjasama dalam menyebarluaskan mesej anti rasuah melalui media amatlah penting dalam menjadi medium perantaraan antara suruhanjaya ini dan masyarakat, bagi memastikan setiap peringkat dapat memahami betapa bahayanya jenayah rasuah, dan pada masa sama menghindari daripada melakukan perbuatan keji itu," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2023
Sejak 2020 hingga Dis tahun lepas SPRM Johor telah mencatatkan sitaan berjumlah RM3.65 juta, selain melucut hak rampasan pesalah rasuah bernilai RM213,831.60.- Gambar hiasan
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Seorang lagi individu bergelar Datuk ditahan kes rasuah projek pembinaan RM250 juta di Sarawak
SPRM menahan reman seorang lagi individu bergelar Datuk yang disyaki terlibat dalam kes rasuah sebagai balasan mendapatkan projek-projek pembinaan di Sarawak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
SPRM nafi siasatan HRD Corp ditutup
SPRM menafikan pihaknya menutup siasatan kes berkaitan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) yang dijalankan sebelum ini.
Rasuah ADUN Sabah: SPRM rakam percakapan 15 individu termasuk pemberi maklumat
SPRM telah merakam percakapan 15 individu, termasuk lapan ADUN Sabah dan seorang pemberi maklumat berhubung video dakwaan skandal rasuah.
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Integriti
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Intergriti
Bekas pengarah eksekutif agensi Pulau Pinang direman, rasuah pembelian pedati emas
SPRM Pulau Pinang mereman bekas pengarah eksekutif sebuah agensi kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan RM300,000 melibatkan pembelian pedati emas.
Kecekapan SPRM bawa kejayaan kepada tangkapan taikun Singapura - Azam Baki
Setelah hampir dua dekad melarikan diri, seorang taikun warga Singapura yang terlibat dalam kes penyelewengan AS$51 juta (RM227 juta) akhirnya berjaya ditangkap bersama isterinya di Johor, semalam.
Masidi beri keterangan sukarela di SPRM
Masidi berkata, kunjungannya ke SPRM adalah untuk membantu siasatan serta tanda sokongonnya untuk membanteras rasuah di negeri ini.
Vivy Yusof dan suami akan didakwa atas pecah amanah Khamis ini
SPRM akan membuat pertuduhan ke atas pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar pada Khamis.
Biar SPRM selesaikan siasatan BAM, jangan buat spekulasi - Hannah
Hannah menekankan bahawa siasatan oleh SPRM adalah prosedur operasi standard apabila menerima aduan, dan bukan hanya terhad kepada persatuan sukan.