NATIONAL
AADK musnahkan pondok pengedaran dadah di pedalaman Sarawak

Pondok tersebut dimusnahkan untuk mencegah aktiviti penjualan dadah berulang. - Gambar/ AADK Sarawak
SIBU: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak berjaya memusnahkan sebuah pondok yang dijadikan sarang pengedaran dadah berhampiran Skim Penempatan Semula Sungai Asap, Belaga, sebuah kawasan di pedalaman negeri itu, dalam Operasi Perdana/Bersepadu baru-baru ini.
Ringkasan AI
- AADK Sarawak berjaya memusnahkan sebuah pondok yang dijadikan sarang pengedaran dadah di Sungai Asap, Belaga, dalam operasi dua hari.
- Dua lelaki yang menjaga sarang tersebut melarikan diri semasa serbuan, dan pondok tersebut dimusnahkan untuk mencegah aktiviti penjualan dadah berulang.
- AADK menyeru masyarakat setempat untuk lebih peka dan membantu pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penagihan dan pengedaran dadah.
Beliau berkata berdasarkan risikan dan siasatan AADK, pondok berkenaan dipercayai menjadi pusat pengedaran dan penjualan dadah kepada penagih di sekitar Sungai Asap dan kawasan berdekatan.
Sarang dadah yang dikenali dengan gelaran "Port Bukit" itu katanya, dilengkapi dengan dapur memasak dan dibina jauh dari kawasan penempatan dengan akses yang sukar melalui jalan berbukit dan berliku.
Mohamed Izuan berkata kelengkapan memasak menunjukkan pondok itu turut dijadikan tempat bermalam, bukan sekadar lokasi transaksi dadah.
Tindakan membakar dan memusnahkan pondok terbabit diambil bagi memastikan aktiviti penjualan dadah di kawasan itu tidak berulang, memandangkan ramai pelanggan ialah golongan muda.
"Kalau ikutkan, Sungai Asap ini ialah kawasan pedalaman. Ia membuktikan isu dadah kini bukan lagi tertumpu di bandar, malah sudah menular ke kawasan luar bandar," katanya.
Mohamed Izuan menyeru masyarakat setempat agar lebih peka dan membantu pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penagihan dan pengedaran dadah.
"Prihatinlah terhadap komuniti anda sendiri. Mungkin hari ini belum terkena anak kita, tetapi esok lusa kita tidak tahu. Bertindak sekarang untuk selamatkan anak bangsa kita daripada najis dadah," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami