Skip to main content

Malaysia

Abang Johari enggan dedah isi pertemuan dengan Agong

abang johari_Astro AWANI
Abang Johari hanya menyifatkan pertemuan berkenaan berlangsung agak panjang, iaitu hampir satu jam. - Astro AWANI
Advertisement

SARIKEI: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak mendedahkan perkara yang dibincangkan ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, Rabu lalu.

Beliau hanya menyifatkan pertemuan berkenaan berlangsung agak panjang, iaitu hampir satu jam.

“Saya tidak dapat dedahkan apa yang (dibincangkan). Memang perjumpaan itu agak panjang, hampir satu jam antara saya dengan Agong,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Sarawakku Sayang di Sarikei, pada Sabtu.

Untuk makluman, sesi menghadap berkenaan berlangsung pada 5 Ogos lalu di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, yang turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta Pegawai Kewangan Negeri Johor, Datuk Mohd Noorazam Osman.

Pertemuan itu turut dikongsikan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, yang memaklumkan Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Premier Sarawak pada hari berkenaan.

Namun, Abang Johari pada Sabtu memilih untuk tidak mendedahkan perkara yang dibincangkan sepanjang sesi menghadap berkenaan.

Must Watch Video

Advertisement