awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas tegas tolak pelawaan Bersatu, sifatkan satu pengkhianatan
Nahas Jeju Air: 179 mangsa mungkin terselamat jika tiada struktur konkrit di hujung landasan
Jualan dagangan borong, runcit naik 6.4 peratus kepada RM158.9 bilion pada November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abdul Hadi kembali sampaikan kuliah Jumaat selepas jalani rawatan jantung

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
04/07/2025
08:25 MYT
Abdul Hadi kembali sampaikan kuliah Jumaat selepas jalani rawatan jantung
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang kembali menyampaikan kuliah Jumaat, di Masjid Rusila, Marang hari ini. - FB Syahir Sulaiman
MARANG : Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang kembali menyampaikan kuliah Jumaat, di Masjid Rusila, Marang selepas kesihatan beliau pulih selepas menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), pada 17 Jun lalu.

Ringkasan AI
  • Presiden Pas kembali menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Marang selepas pulih daripada rawatan jantung di IJN pada 17 Jun lalu, disambut dengan ucapan syukur oleh para penyokong dan pemimpin parti.
  • Kesihatan beliau dilaporkan semakin baik, dengan sokongan dan doa daripada pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang mendoakan kesihatan berterusan.
  • Abdul Hadi telah menyampaikan kuliah sejak 1976, dan kekal sebagai Presiden Pas sejak 2005 selepas memangku jawatan itu susulan pemergian Fadzil Noor pada 2003.

Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman menerusi hantaran Facebook pada Jumaat turut memuat naik gambar Presiden Pas itu memberi kuliah jumaat kepada jemaah.
“Terlebih dahulu Alhamdulillah, syukur kepada Allah Ta’ala kerana sihat. Terima kasih kepada yang solat hajat, yang Tuhan makbulkan. Kita boleh teruskan pengajian kita,” katanya.
Sebelum ini Tan Sri Abdul Hadi Awang pernah menerima rawatan susulan di IJN dan kali terakhir beliau dilaporkan menjalani rawatan berkaitan ialah pada 5 Januari tahun lalu.
Terdahulu Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dalam satu muat naik di platfom media sosial, mendoakan kesihatan yang berterusan buat Abdul Hadi yang dilaporkan telah selamat menjalani satu prosedur rawatan di IJN.
"Mendoakan kesihatan yang berterusan buat Ustaz Hj Hadi, insya-Allah," tulis Anwar.
Untuk rekod Abdul Hadi selaku Ahli Parlimen Marang telah menyampaikan kuliah dhuha bermula pada 1976 semasa menjawat sebagai Ketua Pemuda Pas Terengganu.
Beliau menjadi pemangku Presiden Pas susulan kematian penyandang ketika itu iaitu Fadzil Mohd Noor pada 2003 sebelum disahkan jawatan penuh selepas Muktamar PAS 2005.
Walaupun pernah dicabar oleh Ahmad Awang semasa muktamar tahunan Pas ke-61 namun beliau kekal di posisi berkenaan sehingga kini.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#IJN
#kuliah Jumaat
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan