KUCHING: Bekas Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud merupakan tokoh berpandangan jauh, menekankan keharmonian dan perpaduan sebagai tunjang utama pembangunan Sarawak.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Abdul Taib sentiasa menggalakkan kerjasama erat antara pelbagai kaum dengan memperkenalkan konsep 'Confluence of Rivers', iaitu kesepaduan dalam kepelbagaian identiti ke arah membentuk perpaduan rakyat.
"Demi mengukuhkan keharmonian dan kedaulatan, Allahyarham sentiasa memastikan hak-hak Sarawak terpelihara bagi melindungi kepentingan ekonomi, politik dan sosial rakyat Sarawak. Abdul Taib amat menitikberatkan pembangunan sosioekonomi rakyat dengan merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.
"Ini bagi memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan," katanya semasa membentangkan usul penghargaan kepada Abdul Taib pada Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 di sini hari ini.
Abang Johari berkata dari segi pembangunan perindustrian pula, Abdul Taib telah menubuhkan Kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak pada 1987 bagi menggalakkan pembangunan sektor perindustrian.
"Antara projek yang menjadi pengubah keadaan kepada pembangunan perindustrian ketika itu ialah dengan pembinaan Zon Perindustrian Bebas Samajaya yang mengkhusus kepada industri elektrik dan elektronik.
"Bagi merancakkan lagi ekonomi Sarawak seiring dengan keperluan global, Abdul Taib telah membangunkan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang mempromosikan pembangunan tenaga boleh baharu. Kini, Sarawak merupakan salah satu pengeluar tenaga hidro terbesar di rantau ini dengan adanya empangan Batang Ai, Bakun dan Murum," katanya.
Tambahnya bagi menyokong rancangan pembangunan yang direncanakan, Abdul Taib juga telah mengambil langkah memperkasakan modal insan melalui pendidikan dengan penubuhan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 1992, Universiti Curtin Malaysia di Miri pada 1999 dan Swinburne University of Technology Sarawak Campus pada 2000.
Abdul Taib yang digelar Bapa Pemodenan Sarawak meninggal dunia pada 21 Feb lepas di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024
Abang Johari berkata, Abdul Taib sentiasa menggalakkan kerjasama erat antara pelbagai kaum dengan memperkenalkan konsep 'Confluence of Rivers'. - Gambar fail
MAF 2024 platform iktiraf, perkasa syarikat francais tempatan
Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan sokongan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), mengadakan Anugerah Francais Malaysia 2024 (MAF 2024), baru-baru ini.
FIFA lakukan penilaian penambahbaikan stadium di Indonesia
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) baru-baru ini telah selesai melakukan penilaian ke atas lapan stadium di seluruh Indonesia untuk meningkatkan langkah keselamatannya.
Kaedah kerja undi beri peluang sama rata kepada kontraktor
Perolehan projek kecil secara undian memberi peluang sama rata kepada semua kontraktor G1 hingga G4 sebelum layak mendapat tender penyelenggaraan jalan Persekutuan di seluruh negara.
Kerajaan persekutuan salur RM50 juta bagi penganjuran Sukma, Para Sukma
Walaupun jumlah itu lebih rendah daripada yang dimohon sebelum ini, Sarawak harus terus memandang ke hadapan serta menjadi tuan rumah yang baik.
Perpaduan parti komponen antara tumpuan Konvensyen BN Johor pada 8 Jun - Ahmad Maslan
Perpaduan parti komponen khususnya MIC dan MCA adalah antara perkara utama yang bakal menjadi tumpuan Konvensyen Barisan Nasional (BN) Negeri Johor pada 8 Jun ini.
'Saya tak rasa orang pandang saya di Penang FC' - Muhammad Adib
Pemain pertahanan kiri Penang FC Muhammad Adib Abdul Ra'op yang buat julung kali dipanggil ke kem latihan pusat pasukan negara tidak menyangka kelibatnya telah lama dipantau Kim Pan Gon.
Bagaimanakah kehidupan di Delhi apabila musim panas rekod suhu tertinggi?
Sebuah kawasan di Delhi merekodkan suhu tertinggi 52.9 darjah Celsius pada Rabu. Maka tidak menghairankan, bacaan suhu ini menjadi tajuk berita utama media.
Malaysia kekal ungguli senarai Destinasi Mesra Muslim Terbaik 2024
Malaysia kekal mengungguli senarai 'Destinasi Mesra Muslim Terbaik' dalam Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) 2024 pada Halal in Travel Awards yang berlangsung di Singapura pada Khamis.
Bulan pemutihan PERKESO dilanjut hingga 30 Jun
Tempoh pendaftaran dan caruman pekerja dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sempena Bulan Pemutihan yang berakhir esok dilanjutkan selama sebulan lagi hingga 30 Jun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Kawasan rumah tidak lagi sama, tiada lagi senyuman - penduduk
Seorang penduduk Palestin, Ikram Al Ham menzahirkan kesedihan melihat kawasan perumahannya di Khan Younis, Gaza tidak lagi sama seperti dahulu selepas rejim Israel membedil kawasan itu sehingga musnah.
Dana rizab Sarawak RM31 bilion semasa kepimpinan Abdul Taib - Nancy Shukri
Dengan rizab sebanyak itu, Sarawak tidak risau apabila tiba-tiba menjadi pembangkang sewaktu PH ambil alih tampuk kepimpinan pada 2018.
Jenazah Tun Taib Mahmud selamat disemadi
Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud, selamat dikebumikan di perkuburan keluarganya di Demak Jaya, di Kuching pada 2.20 petang Khamis.
Sultan Brunei berkenan sertai solat jenazah Taib Mahmud
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyertai solat jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Masjid Demak hari ini.
Hujan tidak halang ribuan rakyat beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdul Taib
Cuaca hujan tidak menghalang ribuan rakyat membanjiri Atrium DUN Sarawak bagi menghadiri Istiadat Penghormatan Negeri buat Tun Abdul Taib Mahmud.
Pemergian Tun Abdul Taib: Saya kehilangan kawan baik - Alfred Jabu
Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang hari ini menzahirkan ucapan takziahnya atas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.
Suasana pilu selubungi Istiadat Penghormatan Negeri Abdul Taib di DUN Sarawak
Suasana pilu menyelubungi DUN Sarawak hari ini sebaik jenazah Abdul Taib Mahmud tiba bagi Istiadat Penghormatan Negeri.
Istiadat penghormatan negeri, pengebumian Abdul Taib Mahmud hari ini
Istiadat penghormatan negeri dan pengebumian bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud akan berlangsung hari ini.
Allahyarham Abdul Taib ibarat tokoh tidak berhenti tabur bakti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata jasa dan pengorbanan Allahyarham Abdul Taib untuk negara khususnya Sarawak amat besar.
Raja-raja Melayu zahir ucapan takziah pemergian Taib Mahmud
Raja-raja Melayu menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia.
Legasi Abdul Taib jadi inspirasi untuk terus majukan Sarawak - Mutang Tagal
Legasi kepimpinan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud akan terus menjadi inspirasi kepada semua untuk terus memajukan negeri Bumi Kenyalang.