awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AGC terima kertas siasatan kadet PALAPES Syamsul Haris minggu lalu
PM Anwar umum peruntukan tambahan RM5 juta untuk Zoo Negara
'Kedudukan saya dalam parti, kerajaan diumum pada PAU 2025’ - Akmal Saleh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ABIM cadang kerajaan rangka garis panduan acara komuniti sensitif

Bernama
Bernama
09/01/2026
20:45 MYT
ABIM cadang kerajaan rangka garis panduan acara komuniti sensitif
Ahmad Fahmi berkata langkah itu penting bagi memperkukuh tadbir urus negara serta mengelakkan kekeliruan dan keresahan awam. - Gambar fail/Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mencadangkan penubuhan jawatankuasa antara kementerian bagi merangka garis panduan nasional berkaitan penganjuran acara komuniti melibatkan isu sensitif termasuk aspek penjenamaan, kandungan program, ketelusan mandat persatuan berdaftar serta pematuhan kepada nilai dan kepentingan awam.

Ringkasan AI
  • ABIM mencadangkan penubuhan jawatankuasa antara kementerian untuk merangka garis panduan nasional berkaitan penganjuran acara komuniti sensitif, termasuk aspek penjenamaan, kandungan program, dan ketelusan mandat persatuan berdaftar.
  • Cadangan ini bertujuan memperkukuh tadbir urus negara serta mengelakkan kekeliruan dan keresahan awam susulan penganjuran program komuniti dengan pendekatan sensitif.
  • Langkah kawal selia lebih jelas diperlukan terutama terhadap program bermalam yang bertemakan isu kesihatan atau sosial bagi memastikan keharmonian masyarakat serta kepentingan awam terpelihara.

Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, langkah itu penting bagi memperkukuh tadbir urus negara serta mengelakkan kekeliruan dan keresahan awam susulan penganjuran program komuniti yang menggunakan pendekatan atau penjenamaan sensitif.
Beliau berkata, cadangan itu merangkumi keperluan kawal selia lebih jelas terhadap program bersifat tertutup, bermalam serta bertemakan isu kesihatan atau sosial yang berpotensi menimbulkan implikasi moral dan keharmonian masyarakat.
"Langkah ini bukan bertujuan menyekat ruang sivik atau menghukum mana-mana pihak, sebaliknya sebagai pendekatan pencegahan dan tadbir urus berhemah agar isu kesihatan awam tidak disalahgunakan sebagai pintu masuk kepada advokasi identiti atau normalisasi nilai yang bercanggah dengan asas masyarakat dan Perlembagaan negara," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Ahmad Fahmi berkata, dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, pendekatan kesedaran kesihatan awam perlu mengambil kira realiti sosiobudaya, norma agama dan kerangka undang-undang sedia ada agar mesej yang disampaikan kekal berfokus kepada kesejahteraan awam.
Sebelum ini, media melaporkan, penganjur program Glamping With Pride akan meneruskan acara itu walaupun mendapat bantahan daripada banyak pihak.
Program berkenaan digambarkan sebagai satu permukiman berasaskan komuniti yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan, sokongan rakan sebaya serta kesedaran kesihatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ABIM
#kepentingan awam
#rakan sebaya
#norma agama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan