awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Acryl Sani arah Ketua Polis Negeri, Daerah bekerjasama dengan media

Bernama
Bernama
31/07/2022
20:03 MYT
Acryl Sani arah Ketua Polis Negeri, Daerah bekerjasama dengan media
Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Polis Negara. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengarahkan semua Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah supaya memberi kerjasama kepada pihak media dalam menyalurkan sebarang maklumat diperlukan.
Beliau berkata ia bagi mengelak sebarang kekeliruan maklumat dan salah faham khususnya dalam kalangan masyarakat.
"Ini bagi membolehkan semua ketua polis (negeri dan daerah) memainkan peranan membantu pihak media.
"Kebanyakan kes yang berlaku adalah rutin, jadi kenapa saya perlu mengehadkan kepada Pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) (untuk memberikan kenyataan media), maka inilah peranan ketua polis (negeri dan daerah) untuk beri apa jua maklumat kepada media," katanya kepada pemberita pada Majlis Makan Malam PDRM bersama media di Bukit Aman di sini malam tadi.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Hazani Ghazali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hubungan dengan media
#ketua polis
#Acryl Sani Abdullah Sani
#maklumat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan