awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ada saksi nampak harimau di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
06/02/2022
06:50 MYT
Ada saksi nampak harimau di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands
Jabatan Perhilitan Perak mengesahkan ada saksi yang nampak kelibat harimau belang berkeliaran di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands.
IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan ada saksi yang nampak kelibat harimau belang berkeliaran di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands.
Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, saksi itu merupakan anggota polis bantuan.
Bagaimanapun, katanya. tinjauan yang dibuat oleh kakitangan Unit Harimau ke lokasi, haiwan itu tidak lagi kelihatan.
“Mungkin harimau itu sudah masuk semula ke hutan berhampiran iaitu hutan simpan kekal Bukit Tapah,” katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, Perhilitan Perak akan terus membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan orang ramai dan harimau berkenaan.
Pada Sabtu, Perhilitan Perak memberi jaminan akan menyiasat video yang tular menunjukan seekor harimau belang berkeliaran di kawasan semak berhampiran Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, di sini.
Berdasarkan video berdurasi 17 saat itu lokasi kawasan dikatakan berhampiran restoran di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands.
Restoran yang dimaksudkan itu ialah Cafe Banjaran yang terletak di kawasan rehat dan rawat (R&R) di jalan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Perhilitan Perak
#polis bantuan
#harimau
#Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan