Tiada campur tangan kerajaan dalam penentuan hukuman atau denda kepada mana-mana individu yang disabitkan bersalah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tegas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sebaliknya, Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) itu, keputusan tersebut bergantung kepada budi bicara badan kehakiman berdasarkan fakta-fakta kes.
"Jadi, ianya terserah kepada budi bicara mahkamah untuk menentukan hukuman-hukuman yang dikenakan oleh mereka dan kita kerajaan tidak campur sebab itu saya kata, kebebasan badan kehakiman untuk membuat keputusan.
"(Perbezaan denda di bawah Akta 342) mungkin kerana fakta kes yang berbeza, dan itu yang menyebabkan hakim memutuskan sedemikian," katanya dalam sidang media harian, di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai reaksi segelintir pihak susulan terdapat perbezaan bayaran denda terhadap pesalah yang ingkar PKP di mana terdapat pesalah yang dikenakan hukuman denda RM400, RM500, RM800 dan RM1,000.
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau juga dikenali sebagai Akta 342 digunakan di negara ini susulan penularan pandemik COVID-19.
Ia digubal untuk meminda dan menyatukan undang-undang berkait pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit yang berlaku dalam negara. Ia juga untuk mengadakan peruntukan atau peraturan berkenaan perkara yang berkaitan.
Selain itu, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 ini turut memperuntukkan sesiapa yang disabitkan kesalahan di bawah undang-undang tersebut akan didenda tidak lebih RM1,000 atau dipenjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Hasimi Muhamad
Wed May 06 2020
Menurut Ismail Sabri, terserah kepada budi bicara mahkamah untuk menentukan hukuman-hukuman yang dikenakan ke atas pesalah PKP. - Gambar BERNAMA
MOM bakal hantar resolusi rayu kerajaan teruskan penganjuran Sukan SEA 2027
MOM akan menghantar resolusi kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk merayu agar Malaysia kekal menjadi penganjur Sukan SEA 2027.
Vokalis Dewa 19, Virzha kahwin wanita Arab
Salah seorang vokalis Dewa 19, Virzha mengakhiri zaman bujang pada usia 33 tahun.
Krisis iklim: Kanak-kanak antara paling terjejas - UNICEF
Apabila bencana alam berlaku, kanak-kanak lebih terdedah dan berpotensi mengalami kesan yang berpanjangan.
Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry di Istana Negara.
Masyarakat Cina bersama meriahkan rumah terbuka UMNO Sandakan
Masyarakat Cina di sekitar Sandakan bwersama memeriahkan dan menikmati juadah di rumah terbuka Aidilfitri anjujran UMNO Sandakan.
Gagasan Bola Sepak Borneo bantu tingfkatkan kualiti pemain Sarawak
Presiden Kuching FA Fazzrudin Abdul Rahman menyambut baik uaha menubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo yang diyakini mampu menggilap kualiti bola sepak di pulau itu.
Terserah Bung Moktar, yang penting khidmat untuk rakyat dulu - Andi
ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhamad Suryady Bandy menyerahkan kepada Datuk Seri Bung Moktar untuk memastikan kemenangan UMN O dalan PRN 17 namun pada masa sama berharap perkara mengenai calon dibincang selepas DUN Sabah dibubar.
PRN 17: Pimpinan UMNO Sabah berhak nilai calon terbaik
Ketua Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan pihaknya bertanggungjawab menetukan calon terbaik untuk mewakili parti itu dalam PRN Sabah ke-17.
Kastam Sarawak rekod rampasan RM816.1 juta
Kastam Sarawak merekodkan peratusan rampasan melebihi unjuran nasional setakat ini.
Jentera cerucuk tumbang, operator hampir maut
Mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun ditemui dalam keadaan sedar selepas tersepit hampir dua jam di dalam jentera cerucuk yang tumbang.
Pegawai penguat kuasa KPDNHEP periksa secara rawak status pengunjung, pekerja premis
Pegawai penguat kuasa KPDNHEP akan menjalankan semakan secara rawak status pengunjung dan pekerja di premis perniagaan di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19.
Banjir Pantai Timur, pindaan Akta 342 tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Wan Hassan turut meminta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah drastik yang diambil kerajaan dalam menangani banjir.
Akta 342 ditangguhkan, penting untuk dapatkan pematuhan rakyat - Khairy
Penangguhan itu turut dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Wajibkan individu langgar SOP buat khidmat masyarakat - Gerakan
Parti Gerakan mencadangkan agar individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 diwajibkan menjalani khidmat masyarakat di tempat seperti Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Ancaman Omicron: 'Saya rayu Ahli Parlimen luluskan pindaan Akta 342' - Khairy
Khairy Jamaluddin yang dijangka membentangkan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) pada petang ini.
Pembangkang tidak sokong pindaan RUU Akta 342 - Anwar
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibimbangi membuka ruang kepada gejala rasuah dan salah guna kuasa.
Kompaun RM1,000 syarikat langgar SOP tidak berkesan - Hishammuddin
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berpandangan kompaun RM1,000 terhadap pihak yang melanggar prosedur operasi standard di bawah Akta 342, tidak berkesan.
'Saya gentar tandatangan Akta 342' - Dr Adham
Akta 342 berkenaan digunakan untuk menguatkuasakan semua perintah berkaitan COVID-19 sebelum Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 pula dikuatkuasakan pada 11 Januari tahun ini.
PRN Melaka: Akta 342 akan terus digunakan seluruh negara, tidak hanya di Melaka - Hamzah
Mana-mana kumpulan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan tetap akan dikenakan tindakan.
Kadar kompaun kembali RM1,000 selepas Ordinan Darurat tamat - TPM
Semasa pelaksanaan Ordinan Darurat, nilai maksimum kompaun yang dikenakan ialah RM50,000.