KUALA LUMPUR: Isu berhubung pengurusan bencana banjir yang baru melanda negara di Pantai Timur dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang Parlimen, pertanyaan itu diajukan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) kepada Perdana Menteri pada Waktu Pertanyaan Menteri.
Wan Hassan turut meminta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah drastik yang diambil oleh kerajaan dalam menangani musibah banjir yang melanda negeri-negeri Pantai Timur pada waktu ini.
Pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) bertanya kepada Menteri Kanan Kerja Raya mengenai pelaksanaan kemudahan pembayaran tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di semua tol tertutup di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2).
Beliau juga mengajukan pertanyaan sama ada RFID mampu mengatasi masalah kesesakan di plaza tol selain menyentuh mengenai penggunaan Touch 'n Go dan SmartTAG di Lebuh Raya PLUS dan LPT 2.
Pada sesi sama, Perdana Menteri turut diminta menyatakan mengapa masih berlaku kelemahan di dalam sistem pelaksanaan dan penyampaian kerajaan.
Soalan itu diajukan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang turut ingin tahu langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk mengatasinya.
Turut dijangka menjadi tumpuan adalah sesi bacaan kali kedua Rang Undang-Undang (RUU) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 selepas dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Disember tahun lepas.
Pindaan yang dibentang oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali itu antara lain bagi menaikkan kadar maksimum kompaun terhadap individu yang melakukan kesalahan di bawah RUU berkenaan dan mengikut RUU itu, individu yang melakukan kesalahan boleh dikompaun sehingga RM10,000 berbanding RM1,000 ketika ini
Pindaan terhadap Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) itu juga mencadangkan pertubuhan perbadanan yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ditetapkan boleh dikompaun sehingga maksimum RM1 juta.
Selain itu, RUU Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021 juga dijangka akan dibentang bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.
Dewan Rakyat bersidang hingga 24 Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022

Penduduk menaiki bot untuk melihat keadaan paras air di rumahnya yang ditenggelami banjir ekoran hujan lebat berterusan semasa tinjauan di Kampung Ayer Puteh, Kemaman, 28 Feb 2022. --Gambar hiasan/BERNAMA

Terbuka Malaysia | Axelsen dalam kelas tersendiri, rangkul gelaran sulung
Pemain Denmark Viktor Axelsen nyata berada pada kelas tersendiri apabila berjaya merangkul gelaran sulung Terbuka Malaysia 2022 selepas menewaskan pemain Jepun, Kento Momota dengan mudah pada final perseorangan lelaki, pada Ahad. Axelsen membuktikan statusnya sebagai pemain nombor satu dunia dan juara Olimpik Tokyo 2020 dengan menumpaskan Momota dalam straight set 21-4, 21-7 untuk melakar gelaran hatrik dalam tempoh sebulan selepas terbuka dan Masters Indonesia.

Bertanding Pemilihan | Saya tak pernah bincang dengan PM - Annuar Musa
Annuar Musa hari ini menafikan spekulasi yang dibuat sesetengah pihak kononya beliau bersama Perdana Menteri merancang untuk bertanding dalam pemilihan UMNO yang akan datang membabitkan kerusi tertinggi kepimpinan parti tersebut. Jelas beliau, setakat ini tiada sebarang perbincangan pernah diadakan berkenaan perkara itu walaupun mengakui pernah mendengar desas desus terbabit.

10 Berita Pilihan - (02 Julai 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Julai 2022.

Vietnam Airlines sambung semula perkhidmatan ke Indonesia
Vietnam Airlines menyambung semula perkhidmatan antara Ho Chi Minh City dan Jakarta, Indonesia pada Sabtu selepas dihentikan beberapa bulan lalu akibat COVID-19.

Banjir Australia | Penduduk New South Wales diarah berpindah
Perkembangan banjir di Australia. Penduduk New South Wales diarahkan untuk berpindah setelah paras air meningkat disebabkan hujan lebat berterusan sehingga menyebabkan banjir di wilayah itu.

Muzium Baharu | The Palace Museum tarikan terbaharu di Hong Kong
Muzium budaya The Palace Di Hong Kong mula dibuka kepada umum pada Ahad. Lebih dari 900 koleksi dipamerkan di muzium ini, termasuk beberapa koleksi peribadi yang pertama kali dipamerkan buat pengunjung.

Nahas Bas | 19 maut dalam kemalangan bas di Pakistan
Nahas bas di Dana Sar, Barat Daya Pakistan meragut 19 nyawa. Menurut kenyataan rasmi kerajaan yang dikeluarkan pada Ahad. Nahas itu turut mencederakan 12 penumpang lain.

Risiko Banjir | Peruntukan lebih RM1 bilion elak risiko banjir, hakisan
Sebanyak RM1.5 hingga RM5 bilion diperuntukkan bagi mengurangkan risiko banjir, pengawalan hakisan pantai, pemuliharaan muara sungai dan pembangunan sungai di Terengganu. Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, peruntukan itu diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 membabitkan 21 projek terdiri daripada 20 projek sambungan dan satu projek baharu.

Meninggal Dunia | Tok Mun meninggal dunia
Bekas calon bebas Pilihanraya Umum (PRU) Ke-12, Maimun Yusof atau lebih dikenali sebagai Tok Mun meninggal dunia di kediamannya di Kampung Sungai Atas Tol, Kuala Terengganu akibat sakit tua pada Ahad. Maimun yang juga calon wanita tertua pada PRU Ke-12 menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 3.30 petang tadi pada usia 103 tahun.

Pegawai penguat kuasa KPDNHEP periksa secara rawak status pengunjung, pekerja premis
Pegawai penguat kuasa KPDNHEP akan menjalankan semakan secara rawak status pengunjung dan pekerja di premis perniagaan di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19.

Banjir Pantai Timur, pindaan Akta 342 tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Wan Hassan turut meminta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah drastik yang diambil kerajaan dalam menangani banjir.

Akta 342 ditangguhkan, penting untuk dapatkan pematuhan rakyat - Khairy
Penangguhan itu turut dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wajibkan individu langgar SOP buat khidmat masyarakat - Gerakan
Parti Gerakan mencadangkan agar individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 diwajibkan menjalani khidmat masyarakat di tempat seperti Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Khairy tangguh bentang Akta 342, Anwar kata ia beri lebih ruang untuk akta diperhalusi
Speaker maklum tambahan satu hari lagi persidangan untuk Majlis Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen 2021, iaitu Isnin depan.

Ancaman Omicron: 'Saya rayu Ahli Parlimen luluskan pindaan Akta 342' - Khairy
Khairy Jamaluddin yang dijangka membentangkan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) pada petang ini.

RUU Pindaan Akta 342: Jangan tempangkan KKM, kata Khairy
Menurut Khairy, pindaan berkenaan bakal bertindak sebagai "senjata" tambahan dalam menghadapi pandemik COVID-19.

Pembangkang tidak sokong pindaan RUU Akta 342 - Anwar
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibimbangi membuka ruang kepada gejala rasuah dan salah guna kuasa.

RUU Pindaan Akta 342: Naikkan kadar kompaun, ada syarikat lakukan kesalahan berulang - Dr Noor Hisham
Jelas Dr Noor Hisham, menerusi pindaan baharu Akta 2021 itu dijangka dapat memberi pengajaran dalam mencegah dan mengawal COVID-19.

RUU Pindaan Akta 342: Perlu diluluskan segera demi pengawalan COVID-19 - Dr Noor Hisham
Kata Dr Noor Hisham, jika pembentangan itu terlalu lama, ia membantutkan usaha KKM dalam mengawal sebarang penularan varian baharu.