awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adakah ibu dan bapa mempunyai taraf kerakyatan Malaysia berbeza? - Sultan Johor

Nailah Huda
Nailah Huda
18/09/2021
13:12 MYT
Adakah ibu dan bapa mempunyai taraf kerakyatan Malaysia berbeza? - Sultan Johor
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah bahawa semua anak rakyat Malaysia yang dilahirkan di luar negara mesti diberikan hak kerakyatan secara automatik. - Gambar/ Facebook/ Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mendesak kerajaan Persekutuan supaya membatalkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung hak kerakyatan automatik anak-anak yang dilahirkan ibu warga Malaysia di luar negara.
Menurut kenyataan dalam Facebook, baginda bertitah bahawa semua anak rakyat Malaysia yang dilahirkan di luar negara mesti diberikan hak kerakyatan secara automatik, tanpa mengira sama ada ibu atau bapanya yang merupakan warganegara.
“Kesucian mahkamah mesti dipelihara. Mengapa ibu warganegara Malaysia yang melahirkan di luar negara perlu alami diskriminasi?
“Ini adalah hak asasi setiap anak yang dilahirkan, tidak kira ibu atau bapanya yang merupakan warganegara Malaysia,” titah Sultan Ismail.
BACA: Bayi dilahirkan wanita Malaysia di luar negara berhak dapat kerakyatan - Mahkama
Baginda turut mempersoalkan status berbeza antara ibu dan bapa dalam undang-undang berhubung hak kerakyatan.
“Ada sesuatu yang tidak kena apabila pihak bapa dan ibu dipandang secara berbeza daripada sudut undang-undang dalam soal berkaitan kerakyatan anak mereka.
“Adakah ibu dan bapa mempunyai taraf kerakyatan Malaysia yang berbeza?” soal baginda.
Sumber Facebook officialsultanibrahim
Sultan Ibrahim turut bertitah bahawa kerajaan tidak wajar menolak kerakyatan bagi mereka yang berhak, terutama apabila negara berdepan masalah serius dalam kehilangan orang muda yang berbakat dan berkelayakan.
“Inilah masanya untuk menerima mereka dan menerapkan semangat Malaysia dalam diri mereka, bukannya menolak dan menghalau mereka. Dasar seperti ini adalah tidak betul," titahnya.
Malah, titah baginda, rayuan ke atas keputusan mahkamah itu perlu segera ditarik balik oleh Peguam Negara berlandaskan semangat Keluarga Malaysia yang dipelopori Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 September lalu memutuskan bahawa anak-anak yang dilahirkan ibu warga Malaysia di luar negara akan diberikan kewarganegaraan Malaysia secara automatik.
Bagaimanapun, susulan itu, kerajaan Persekutuan dilaporkan memfailkan notis rayuan bagi mengetepikan keputusan tersebut.
Topic Berkaitan
#Sultan Johor
#Kerakyatan
#anak
#Mahkamah Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan