awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laluan hijau tingkat kecekapan ketibaan penumpang di KLIA 1 - Loke
Bekas jaguh beregu negara Tan Yee Khan meninggal dunia
Bekas PTD buat dua laporan polis berhubung dokumen sulit, fitnah

Aduan salah laku perlu sahih dan tepat, bukan sekadar surat layang - Saarani

Bernama
Bernama
26/01/2026
09:16 MYT
Aduan salah laku perlu sahih dan tepat, bukan sekadar surat layang - Saarani
Saarani berucap pada Konvensyen Integriti dan Antirasuah Negeri Perak Sejahtera 2026 dan Majlis Peluncuran Program Keep Malaysia Clean Peringkat Negeri Perak hari ini. - Foto Bernama
IPOH: Mana-mana pihak atau individu yang tampil membuat laporan penyelewengan atau salah laku melibatkan kepentingan awam perlu memastikan maklumat dilaporkan adalah tepat dan melalui sumber sahih.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata hal ini kerana ada segelintir aduan yang dibuat kepada pihak berwajib tidak lengkap, selain lebih menyerupai surat layang.
"Bagi pihak kerajaan negeri sendiri, kita ada terima aduan dan telah diajukan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun sebahagiannya ialah surat layang.
"Walaupun kita mengalu-alukan budaya untuk tampil membuat aduan, perkara itu mestilah tulen dan ikhlas. Bukan hanya kerana mereka rasa tidak mendapat apa-apa yang diingini, maka mereka ambil jalan itu. Kita tidak mahu amalan seumpama ini berkembang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Konvensyen Integriti dan Anti Rasuah Perak 2026 serta Majlis Peluncuran Program Keep Malaysia Cleen (KMC) Peringkat Negeri Perak 2026 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.
Hadir sama, Pengarah Suruhanjaya SPRM Perak Datuk Ahmad Sabri Mohamed.
Mengulas tentang KMC, Saarani berkata sebanyak 30 jabatan dan agensi kerajaan menyertai program itu yang bermatlamat untuk memperkukuh amalan integriti, khususnya dalam sektor awam.
Beliau berkata pihaknya menyambut baik pelaksanaan program ini selain komited memastikan program itu digerakkan secara inklusif, berfokus dan berkesan melalui kerjasama pelbagai pihak.
"Kesimpulannya, integriti dan kebersihan saling melengkapi dalam membentuk masyarakat yang beramanah dan berdisiplin. Kedua-duanya menuntut konsistensi, kepimpinan melalui teladan dan keberanian untuk membetulkan yang salah dengan hikmah," katanya.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#aduan salah laku
#maklumat sahah
#Saarani Mohamad
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.