awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN cadang guna pempengaruh tingkat hebahan program kerajaan Selangor

Bernama
Bernama
28/02/2024
10:48 MYT
ADUN cadang guna pempengaruh tingkat hebahan program kerajaan Selangor
Kerajaan Selangor dicadang supaya menggunakan pempengaruh bagi meningkatkan hebahan program atau prestasi kerajaan negeri yang telah dilaksanakan kepada masyarakat khususnya golongan muda. -Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor dicadang supaya menggunakan pempengaruh bagi meningkatkan hebahan program atau prestasi kerajaan negeri yang telah dilaksanakan kepada masyarakat khususnya golongan muda.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara Muhammad Izuan Ahmad Kasim berkata hal ini kerana golongan berkenaan dilihat lebih terkesan menerima maklumat daripada pempengaruh.
"Saya lihat untuk generasi yang berbeza, pihak Exco tidak boleh mengadakan pameran dan sidang media semata-mata untuk melakukan hebahan.
"Perlu ada pendekatan daripada pempengaruh kerana golongan muda juga antara generasi yang terkesan dan menerima manfaat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mencelah perbahasan Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih Serta Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor oleh R. Rajiv (PH-Bukit Gasing) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Sementara itu, Rajiv mencadangkan supaya ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk lebih kerap mengadakan sidang media bagi memaklumkan perkembangan gerak kerja dan program dilaksanakan kerajaan.
"Usaha kerajaan tidak diketahui menerusi mesyuarat MMKM dan perlu dihebahkan. Kadangkala kami sebagai ADUN tidak tahu.
"Tebal dokumen setiap kali MMKN bermesyuarat tiap minggu. Banyak usaha dilakukan, tetapi kita di luar mungkin tidak tahu usaha itu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Exco
#pempengaruh
#Muhammad Izuan Ahmad Kasim
#hebahan program
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan