awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"It’s a girl!" - Ayda Jebat dan Nabil Mahir umum jantina anak ketiga
Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu sehingga Isnin ini
Drama ‘Bad Cop’ papar aksi mendebarkan

ADUN Kota Anggerik sah bergelar suami Syahira

Fareez Azman
Fareez Azman
15/10/2021
16:50 MYT
ADUN Kota Anggerik sah bergelar suami Syahira
Najwan Halimi sah bergelar suami kepada Syahira Razak,27, pada Jumaat. - Gambar/ IG Najwan Halimi
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi, 36, sah bergelar suami kepada pasangannya Syahira Razak, 27, selepas diijabkabulkan dalam majlis ringkas di Shah Alam pada Jumaat.
Perkara itu dimaklumkan Najwan menerusi entri di laman Instagram miliknya.
“Alhamdulillah pagi ini (Jumaat) saya dan Syahira telah selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri dalam majlis ringkas di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
“Semoga Allah S.W.T. memberkati pernikahan ini dan mengurniakan kebahagian berkekalan buat kami sekeluarga,” kata Najwan.
Beliau turut menzahirkan penghargaan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga serta rakan-rakan yang mendoakan kebahagian mereka berdua.
Bapa kepada tiga anak itu menamatkan zaman dudanya selepas mengenali Syahira lebih tujuh bulan lalu.
Najwan memulakan kariernya sebagai ahli politik selepas menyertai PKR pada 2010 dan memenangi kerusi DUN Kota Anggerik menewaskan calon Barisan Nasonal (BN) dan Pas pada 2018..
Topic Berkaitan
#ADUN Kota Anggerik
#perkahwinan
#Syahira
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.