awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN Luyang keluar DAP, jadi wakil rakyat bebas

Bernama
Bernama
27/09/2013
08:26 MYT
ADUN Luyang keluar DAP, jadi wakil rakyat bebas
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Luyang daripada DAP, Hiew King Cheu, mengumumkan keluar parti itu dan berkata beliau akan menjadi wakil rakyat bebas.
Hiew, yang meletak jawatan sebagai penasihat kepada jawatankuasa perhubungan negeri DAP beberapa minggu lepas, berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti lain.
"Ya, saya membuat keputusan untuk keluar parti. Bagaimanapun, saya akan kekal sebagai (Adun) Bebas," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Hiew berkata beliau akan menghantar surat peletakan jawatannya kepada ibu pejabat parti lewat hari ini.
Selepas pilihan raya umum Mei tahun ini, Hiew bertelagah dengan beberapa pemimpin DAP Sabah susulan keputusannya untuk menyokong Adun Klias Datuk Lajim Ukin sebagai Ketua Pembangkang Sabah sedangkan parti itu menyokong Adun Tamparuli Datuk Wilfred Bumburing.
Ini membawa kepada kritikan terbuka rakan-rakannya dalam jawatankuasa perhubungan negeri sehinggakan mereka mahu tindakan disiplin dikenakan terhadap beliau.
Bagaimanapun sebelum tindakan sedemikian diambil, Hiew melepaskan jawatan sebagai penasihat kepada DAP Sabah.
Sejak itu, terdapat spekulasi bahawa Hiew mungkin keluar daripada parti itu yang memenangi empat kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen di Sabah pada pilihan raya umum lepas.
Spekulasi mengenai Hiew keluar parti semakin memuncak selepas pengumumannya minggu lepas bahawa beliau menarik diri daripada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP dan tidak akan menghadiri kongres khas DAP yang dijadual Ahad ini.
Sementara itu, Setiausaha Pengelola DAP kebangsaan Anthony Loke, ketika dihubungi berkata parti itu tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada Hiew dan hanya mendapat tahu mengenainya daripada laporan media.
Topic Berkaitan
#ADUN Luyang
#Datuk Lajim Ukin
#Datuk Wilfred Bumburing
#Hiew King Cheu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan