JARINGAN daripada Romain Saiss, Azzeddine Ounahi dan Youssef En Nesyri memastikan Maghribi merekodkan kemenangan 3-0 ke atas Tanzania dalam aksi pembukaan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).
Bekas pertahanan Wolves, Saiss menjaringkan gol dalam separuh masa pertama namun, di sebalik dominasi dipamerkan, Maghribi dipaksa menunggu sehingga Tanzania beraksi dengan 10 pemain di separuh masa kedua untuk menewaskan mereka.
Walaupun Maghribi boleh berbangga dengan pemain seperti pertahanan Paris St Germain, Achraf Hakimi dan pemain tengah Manchester United, Sofyan Amrabat, Tanzania bermula dengan Tarryn Allarakhia dari Wealdstone di bahagian serangan.
Jurang kelas antara pasukan yang melangkah ke separuh akhir Piala Dunia dan lawan yang tidak pernah memenangi perlawanan di AFCON itu cukup jelas, namun Maghribi tidak dapat mencari jalan melepasi mereka sehingga minit ke-30.
Sepakan percuma Ziyech berjaya dinafikan penjaga gol Tanzania, Aishi Manula, namun Saiss pantas menampan masuk bola ke gawang untuk jaringan pertama.
Maghribi kemudian menggandakan kelebihan selepas lawan meneruskan permainan dengan 10 pemain dan ia digunakan sebaik mungkin oleh Ounahi untuk menjadikan kedudukan 2-0.
Selang beberapa minit kemudian, giliran penyerang Sevilla, En Nesyri, bertindak sebagai penjaring sekali gus memastikan Atlas Lions bermula dengan kemenangan.
Astro Arena
Thu Jan 18 2024
Aksi Youssef En-Nesyri menanduk bola ketika perlawanan Kumpulan F AFCON antara Maghribi dan Tanzania di Stadium Laurent Pokou, San Pedro, Ivory Coast, 17 Jan 2024. (Foto AP)
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
AFCON: Ivory Coast lakar kebangkitan sebelum dinobat sebagai juara
Sebastien Haller mencetus inspirasi buat tuan rumah apabila Ivory Coast menjuarai Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) buat kali ketiga.
AFCON: Keputusan Salah tinggalkan Mesir dikecam
Keputusan Salah meninggalkan kem Mesir dan kembali ke Liverpool untuk rawatan kecederaan dikecam oleh legenda pasukan itu, Ahmed Hassan.
AFCON: Salah alami kecederaan hamstring, penyokong Liverpool bimbang
Bintang The Reds itu mengalami kecederaan ketika Mesir seri 2-2 menentang Ghana awal pagi tadi.
AFCON: Maghribi diuji terlebih dahulu sebelum lakar kemenangan
Di sebalik dominasi dipamerkan, Maghribi dipaksa menunggu sehingga Tanzania beraksi dengan 10 pemain di separuh masa kedua untuk menang.
AFCON: Mane dedikasikan kejuaraan buat Aliou Cisse
Penyerang Liverpool itu menjaringkan sepakan penalti penentuan ketika Senegal menewaskan Mesir 4-2 pada Ahad.
AFCON: 6 terkorban, 40 cedera dalam rempuhan di stadium
Kejadian berlaku semasa orang ramai berpusu-pusu memasuki Stadium Olembe di ibu kota Cameroon, Yaounde.
AFCON: Juara empat kali diaib pasukan kerdil
Ghana tersingkir daripada Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) selepas mereka mengalami kekalahan mengejut 2-3 kepada Comoros.
Dortmund sedia lepaskan Aubameyang dengan nilai RM380.6 juta
Penggempur prolifik itu bakal pulang ke pangkuan kelabnya selepas Gabon tersingkir dalam saingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) di tempat sendiri.
Seperti dalam zon perang!
Persatuan Bola Sepak Ghana menggambarkan kekecohan di stadium seperti berada dalam zon perang.