awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AGC teliti kenyataan Shafie Apdal berhubung kes Zara Qairina

Bernama
Bernama
22/09/2025
03:15 MYT
AGC teliti kenyataan Shafie Apdal berhubung kes Zara Qairina
Jabatan Peguam Negara sedang meneliti secara terperinci setiap kandungan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohd Shafie Apdal berhubung kes pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang meneliti secara terperinci setiap kandungan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung kes pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir.
AGC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas menurut peruntukan undang-undang termasuk memulakan prosiding penghinaan mahkamah setelah penelitian tersebut selesai.
"Jabatan ini memandang serius kenyataan yang dikeluarkan Mohd Shafie semasa berucap di majlis Jelajah Inspirasi DSSA P187 Kinabatangan pada 20 Sept 2025.
"Kenyataan sedemikian berpotensi menimbulkan persepsi yang tidak tepat dalam kalangan masyarakat serta menjejaskan kelancaran prosiding mahkamah yang sedang berlangsung," menurut kenyataan itu.
Jabatan itu sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh mencetuskan kekeliruan atau mengganggu kelancaran prosiding mahkamah.
Sebelum ini, sebuah rakaman video satu majlis makan malam yang tular memaparkan Mohd Shafie mempersoalkan tempoh panjang prosiding inkues bagi menentukan punca kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar itu.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai lepas setelah ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi 16 Julai.
Pada 13 Ogos, AGC mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan oleh polis.
Sebelum itu pada 8 Ogos, AGC telah mengeluarkan perintah agar kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Peguam Negara
#AGC
#Kes Zara Qairina
#Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan