awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agenda Pembangunan Mampan 2030, teras penyediaan RMK13 - Hanifah

Bernama
Bernama
24/10/2024
20:20 MYT
Agenda Pembangunan Mampan 2030, teras penyediaan RMK13 - Hanifah
Hanifah Hajar Taib bercakap pada Sesi Libat Urus (SLU) Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) Wilayah Persekutuan. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Agenda Pembangunan Mampan 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) akan terus menjadi teras penyediaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kata Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib.
Beliau berkata, perkara berkenaan, selaras dengan seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengintegrasikan SDG ke dalam dasar pembangunan nasional.
"Kesedaran mengenai SDG haruslah terus ditingkatkan, terutama dalam kalangan masyarakat.
"Aspek seperti kemampanan, kesejahteraan, persekitaran yang terjamin dan perubahan iklim perlulah diberi perhatian dalam merangka RMK13 selaras dengan Ekonomi MADANI," katanya ketika berucap pada sesi libat urus RMK13 Wilayah Persekutuan, di sini, pada Khamis.
RMK13 merupakan kesinambungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi tempoh 2021 hingga 2025.
Sebelum ini, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, Kementerian Ekonomi telah memulakan gerak kerja RMK13, yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada suku ketiga 2025.
Sementara itu, Hanifah berkata, RMK13 akan dirangka dengan mengambil pendekatan yang lebih ringkas, menyeluruh dan berasaskan 'kanvas kosong'.
Beliau berkata, RMK13 akan menjadi dokumen strategik yang direka untuk menghadapi cabaran ekonomi dan ia akan mudah difahami oleh semua rakyat Malaysia.
"Kementerian Ekonomi percaya dalam RMK13, kita tidak seharusnya melihat kepada lima tahun yang akan datang sahaja, tetapi kita juga hendaklah mengenal pasti apakah yang ingin kita capai pada 2040.
"Kita perlu mempunyai pemikiran yang kreatif, inovatif dan di luar kotak untuk menghasilkan idea bold dan radical serta membangunkan konsep yang baharu dan penyelesaian unik yang memenuhi ekosistem sosioekonomi negara," katanya.
Hanifah berkata, RMK13 merupakan dokumen pertama Kerajaan Perpaduan dalam konteks penyediaan Rancangan Malaysia Lima Tahun dan akan diselaraskan dengan konsep Malaysia MADANI termasuk Kerangka Ekonomi MADANI. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agenda Pembangunan Mampan 2030
#Matlamat Pembangunan Mampan
#RMK13
#Hanifah Hajar Taib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan