awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agenda perpaduan UMNO-PAS perkembangan positif selesai isu umat Islam - Ibrahim Ali

Bernama
Bernama
19/12/2015
14:45 MYT
Agenda perpaduan UMNO-PAS perkembangan positif selesai isu umat Islam - Ibrahim Ali
IBRAHIM: Silaturrahim sesama umat Islam adalah wajib yang merupakan tuntutan agama, saya percaya ini satu perkembangan yang baik sekiranya penyatuan PAS dan UMNO menjadi kenyataan. - Gambar fail
Agenda perpaduan antara UMNO dan PAS dilihat sebagai satu perkembangan positif ke arah menyelesaikan isu-isu semasa yang melanda umat Islam di negara ini, kata Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali.
Beliau berkata sudah tiba masanya pemimpin kedua-dua parti itu berbincang dalam platform sama ke arah mencari penyelesaian isu-isu berkaitan umat Islam termasuk penghinaan agama Islam serta lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).
"Silaturrahim sesama umat Islam adalah wajib yang merupakan tuntutan agama, saya percaya ini satu perkembangan yang baik sekiranya penyatuan PAS dan UMNO menjadi kenyataan," katanya yang ditemui media ketika menghadiri Persidangan Khas Tahunan Kedua 2015 Wira Perkasa Malaysia di sini, hari ini.
Persidangan itu dirasmikan Naib Presiden Perkasa Syed Osman Syed Mansor, dan diadakan serentak dengan Persidangan Wiranita dan Wirawati Perkasa di lokasi berasingan hari ini.
Ibrahim berkata hasrat penyatuan UMNO dan PAS pernah disuarakan Perkasa menerusi cadangan penubuhan Majlis Ukhuwah Islamiah Negara (MUIN).
MUIN membolehkan UMNO dan PAS bekerjasama mencari penyelesaian berhubung isu yang menyentuh kedaulatan Islam dan institusi raja di negara ini, katanya.
Namun, katanya kerjasama itu tidak akan berlaku dalam konteks politik memandangkan kedua-dua parti itu mempunyai perjuangan politik berbeza.
"Perjuangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini tidak akan mampu mendapat sokongan UMNO memandangkan tulang belakang Barisan Nasional (BN) itu perlu menjaga hati parti komponen lain," katanya.
Dalam pada itu, para perwakilan Persidangan Khas Tahunan Kali Kedua 2015 Wira Perkasa Malaysia meluluskan tiga usul iaitu menuntut kerajaan menyemak semula Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), menyeru kerajaan mencari penyelesaian atas masalah peningkatan kos sara hidup yang membebankan rakyat, dan mendesak kerajaan mengambil tindakan ke atas kumpulan bekas penjawat awam G25.
Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris berkata ketiga-tiga usul itu akan dibawa ke peringkat pusat pada Persidangan Agung Tahunan PERKASA 2015 esok untuk dibahaskan.
Topic Berkaitan
#Ibrahim Ali
#PAS
#PERKASA
#perpaduan
#Umat Islam
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan