awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berangkat ke Majlis Munaqasyah Agama kali Keempat di Istana Negara

Bernama
Bernama
09/11/2021
04:16 MYT
Agong berangkat ke Majlis Munaqasyah Agama kali Keempat di Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bertitah pada Majlis Munaqasyah Pengurusan Hal Ehwal Islam Negeri-Negeri kali Keempat hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menghadiri Majlis Munaqasyah Pengurusan Hal Ehwal Islam Negeri-Negeri Di Bawah Naungan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, di sini hari ini.
Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah ke majlis itu pada 10 pagi disambut barisan kepimpinan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan serta agensi agama Islam serta para mufti negeri-negeri di bawah naungan Seri Paduka.
Negeri-negeri di bawah naungan Seri Paduka ialah Pahang, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak, seperti yang termaktub di bawah Perkara 3(2), 3(3) dan 3(5) Perlembagaan Persekutuan.
Majlis Munaqasyah itu dianjurkan atas inisiatif dan cetusan idea Seri Paduka dengan tujuan utama bagi membincangkan dan memperhalusi isu hal ehwal Islam di negeri-negeri di bawah naungan Baginda serta memantapkan agensi agama di setiap negeri berkenaan.
Majlis hari ini adalah kali keempat seumpamanya dianjurkan bersama antara Istana Negara dan Jakim dengan kali pertama diadakan pada 20 Jun 2019, kedua pada 7 Okt 2019 dan ketiga pada 6 Feb tahun lepas.
Terdapat enam kertas kerja yang dipersembahkan kepada Seri Paduka dan rumusan daripada pembentangan kertas-kertas kerja itu akan dikemukakan oleh Seri Paduka ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-257 yang dijadualkan berlangsung pada 24 dan 25 Nov ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Yang di-Pertuan Agong
#Majlis Munaqasyah
#Istana Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan