PEKAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli meninjau rumah yang dibaik pulih dan dibina baharu di tanah kesultanan di sini.
Ketibaan baginda pada kira-kira pukul 10.50 pagi di Kampung Permatang Pauh disambut Pegawai Daerah Pekan, Datuk Zaliza Zulkipli dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Ahmad Hairi Hussain.
Selain Kampung Permatang Pauh, Seri Paduka turut berkenaan berangkat dan meluangkan masa bersama pemilik rumah di Kampung Parit Engku Dato dan Kampung Padang Polo serta menyampaikan sumbangan peribadi kepada kesemua mereka.
Al-Sultan Abdullah yang juga Sultan Pahang turut diberikan taklimat ringkas oleh pihak kontraktor terlibat, Platinum Victory yang menjalankan kerja-kerja membaiki dan membina rumah berkenaan sebagai program tanggungjawab sosial korporat syarikat.
Pengarahnya, Shaik Ahmad Sufian Shaik Kamal Farid berkata, program hari ini melibatkan penyerahan empat rumah yang dibaiki dan sebuah rumah yang dibina baharu di daerah Pekan.
"Secara keseluruhan di tanah Pekan kami mempunyai 38 rumah untuk dibaiki termasuk sembilan dibina baharu dan hari ini kami serahkan lima yang telah siap kepada pemilik masing-masing.
"Rumah-rumah yang terlibat kebanyakan yang telah uzur dan mengalami kerosakan teruk di bahagian bumbung atau lantai, jadi kami baiki dan cat semula rumah mereka," katanya.
Sementara itu, Syed Mohd Ariffin Syed Hussin, 52, yang menetap di Kampung Padang Polo, di sini bersyukur dan teruja apabila kediamannya yang usang telah dibaik pulih dan kini lebih selesa untuk didiami berbanding sebelum ini.
Beliau yang menetap di rumah berkenaan sejak kecil berkata, proses keseluruhan baik pulih mengambil masa lebih dua bulan dan hasilnya amat memuaskan untuk mereka sekeluarga.
"Bahagian depan rumah kami dirobohkan dan dibina baharu manakala seluruh rumah turut dicat, sangat seronok, ia seolah-olah kami dapat sebuah rumah yang baharu. Kami turut berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang proses pembinaan ini dan menjunjung kasih atas keprihatinan baginda yang turun padang melawat rumah kami," katanya.
Warga emas, Syed Omar Syed Mohamad, 72, berkata beliau terlalu gembira selepas mendapat kediaman baharu memandangkan keadaan rumah kayunya yang didiami sejak puluhan tahun lepas itu sudah terlalu uzur.
"Syukur sangat kini saya dapat rumah batu dan dilengkapi dua bilik tidur selain lantai mozek, tak sangka di usia sebegini saya mendapat penghargaan bantuan sebesar ini," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Nov 17 2021
Al-Sultan Abdullah berkenan melihat suasana di luar rumah menerusi jendela semasa meninjau keadaan rumah salah seorang penduduk kampung Permatang Pauh, Hamimah Mat, 73. - Gambar BERNAMA
Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi akhir kumpulan D
Malaysia dan Denmark masing-masing sudah pun melayakkan diri ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong dan Algeria.
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - mohd na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Sultan Nazrin dilantik pengerusi bagi tempoh dua tahun
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.
JKN Terengganu siasat dakwaan kes keracunan makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sedang menyiasat dakwaan kes keracunan makanan selepas dipercayai menjamah sejenis kuih membabitkan beberapa individu termasuk kanak-kanak.
Remaja warga asing samun, menyamar pegawai polis ditahan
Polis menahan remaja lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan samun dan menyamar sebagai anggota polis.
Pesawah mengaku tidak bersalah
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan memuat naik mesej berbau hasutan mengaitkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan aktiviti perjudian dalam satu kumpulan WhatsApp, lima hari lalu.
Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan tentang cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
90 kes direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan
Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan
Beliau berkata Wan Muhammad Azri ditahan di rumahnya di Setapak tengah hari tadi.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
Nahas helikopter Lumut: Agong zahir ucapan takziah, titah ATM jalankan siasatan terperinci
Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga 10 mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi tadi.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
KKR beri jaminan projek kolam selam tempur siap Jun ini
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Kes Najib cabar kewujudan Titah Adendum, dijalankan secara dalam kamar
Muhammad Shafee memaklumkan kepada mahkamah, supaya prosiding kes Najib itu dijalankan secara dalam kamar memandangkan terdapat isu sensitif.
Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Vaisakhi, Tahun Baharu Tamil
Yang di-Pertuan Agong bertitah toleransi dan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain menjadi tunjang perpaduan negara selama ini.
Agong harap lebih banyak syarikat China melabur di Malaysia
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda itu membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China serta isu-isu semasa berkaitan kedua-dua negara.