awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong dimasyhurkan sebagai Penaung Utama Persekutuan Pengakap Malaysia

Bernama
Bernama
03/12/2025
04:15 MYT
Agong dimasyhurkan sebagai Penaung Utama Persekutuan Pengakap Malaysia
Sultan Ibrahim turut berkenan menerima persembahan Bintang Semangat Padi Emas Kelas Pertama daripada Persekutuan Pengakap Malaysia. - Facebook Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan dimasyhurkan sebagai Penaung Utama Persekutuan Pengakap Malaysia.
Pemasyhuran itu dibuat ketika Seri Paduka Baginda menerima menghadap Ketua Pengakap Negara Mejar Jeneral (B) Prof Datuk Dr Mohd Zin Bidin di Dewan Sri Bendahara Istana Negara, di sini.
Pada majlis berkenaan, Sultan Ibrahim turut berkenan menerima persembahan Bintang Semangat Padi Emas Kelas Pertama daripada Persekutuan Pengakap Malaysia.
Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara Datuk Ahmad Shaziy Ismail Bakti, Naib Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara Datuk Zamani Tambichek dan Bendahari Majlis Pengakap Tan Sri Abdullah Taib.
Pemasyhuran Seri Paduka Baginda sebagai Penaung Pengakap dibuat selaras dengan Bahagian II, Seksyen 1, Perkara 11(1) dalam Dasar Pertubuhan dan Peraturan (POR) 2010 serta dibaca bersama Akta Parlimen 784, iaitu Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 1968 (semakan 2016).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Ibrahim
#Penaung Utama Persekutuan Pengakap Malaysia
#Pengakap
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan